[PDF] Isu 35 Jesuisihsan - eBooks Review

Isu 35 Jesuisihsan


Isu 35 Jesuisihsan
DOWNLOAD

Download Isu 35 Jesuisihsan PDF/ePub or read online books in Mobi eBooks. Click Download or Read Online button to get Isu 35 Jesuisihsan book now. This website allows unlimited access to, at the time of writing, more than 1.5 million titles, including hundreds of thousands of titles in various foreign languages. If the content not found or just blank you must refresh this page





Isu 35 Jesuisihsan


Isu 35 Jesuisihsan
DOWNLOAD
Author : Majalah Jom!
language : ms
Publisher: Deen Prints
Release Date : 2015-01-23

Isu 35 Jesuisihsan written by Majalah Jom! and has been published by Deen Prints this book supported file pdf, txt, epub, kindle and other format this book has been release on 2015-01-23 with Self-Help categories.


#JeSuisIhsan! Itulah tajuk terbaru Majalah Jom! edisi ke-35. Jika anda mengikuti berita-berita global, anda pasti tahu tentang kejadian di Perancis di mana telah berlakunya pembunuhan editor dan kartunis sebuah majalah satira mingguan di sana, Charlie Hebdo. Maka rata-rata netizen telah melancarkan sebuah kempen di ruang maya menggunakan hashtag (#) JeSuisCharlie yang bermaksud “Saya adalah Charlie” atau “I am Charlie”. Maka, bertepatan dengan tema yang diangkat daripada hadis kedua di dalam kitab Hadith Arba’in oleh Imam Nawawi –yang membincangkan tentang Islam, iman, ihsan dan sa’ah (hari akhirat)– akhirnya terhasillah isu kali ini. Isu kali ini dimuatkan dengan pelbagai artikel menarik, tentang isu semasa dan tidak, ditulis pula oleh muka-muka baru yang tidak pernah menulis di dalam Majalah Jom! sebelum ini. Ini termasuklah artikel bertajuk Ibrah Dari Bah yang ditulis oleh Salwa Mohd Saleh; seorang work-at-home-mother (WAHM) yang terkenal melalui penulisannya di dalam laman webnya salwasaleh.com Selain itu, termuat juga artikel temu ramah bersama Syed Azmi yang terkenal melalui projek #tamakpahala yang dilancarkan oleh beliau serta projek yang pastinya menjadi sebutan ramai orang di luar sana iaitu ‘I Want To Touch A Dog’ yang ternyata menimbulkan pelbagai reaksi di kalangan masyarakat. Temu ramah ini telah dijalankan dan ditulis oleh Saudari Mar Ashari, juga seorang penulis baharu di dalam isu kali ini. Antara artikel lain yang turut tidak kurang tarikannya adalah yang ditulis oleh Fateen Najla bertajuk, Alahai K-Pop – Cair! Apakah yang cair itu? Melihat artisnya yang menyebabkan kita cairkah? Atau ada sesuatu yang lebih berharga yang mencair dalam diri kita? Edisi kali ini pastinya tidak lengkap dengan artikel daripada Saudari Muharikah.“Seorang Muslim harus berada paling hadapan dalam semua urusan.” Begitu kata Saudari Muharikah di dalam artikelnya, All Out & Success! Sudahkah kita menjadi yang terbaik itu? Manakala, Saudari Umairah pula menutup edisi kali ini dengan sebuah artikel begitu menyentuh jiwa berkenaan seorang sahabat yang tidak punya apa-apa untuk disedekahkan ketika Perang Tabuk. Namun, beliau diberitahu Rasulullah bahawa sedekahnya telah diterima oleh Allah. Apakah yang disedekahkan oleh empunya diri, sehingga diterima Allah, dan diberitahu pula melalui Rasul-Nya?! Subhanallah! Ikuti kisahnya di dalam Sepotong Hati Untuk Dia. Terdapat pelbagai lagi artikel menarik termasuklah daripada saudara Aiman Azlan, Aimaan al-Banna, Budak Tomato dan lain-lain. #JeSuisIhsan pasti akan membuatkan anda turut bersemangat untuk bersama-sama berlumba untuk menjadi yang terbaik dalam setiap urusan. Ayuh, dapatkan segera di pasaran!



Isu 41 Gst Geng Suka Tanya


Isu 41 Gst Geng Suka Tanya
DOWNLOAD
Author : Majalah Jom!
language : ms
Publisher: Deen Prints
Release Date : 2015-07-23

Isu 41 Gst Geng Suka Tanya written by Majalah Jom! and has been published by Deen Prints this book supported file pdf, txt, epub, kindle and other format this book has been release on 2015-07-23 with Self-Help categories.


Majalah Jom! kembali menemui anda dengan isu lebih berani, lebih ganas, lebih menyerlah; ‘GST: Geng Suka Tanya’! Ya, jika anda menatap muka depannya, memang lain daripada yang lain. OK, mungkin bukan itu yang anda pandang, tetapi apa yang terkandung di dalamnya bukan? Hehe. Seperti biasa, Majalah Jom! mengupas hadis seterusnya di dalam kitab Hadith Arba’in oleh Imam Nawawi iaitu hadis kesembilan. “Hadis ini tentang apa pula Kak Editor yang tak berapa ohsem?” tanya anda tak sabar. Baiklah. Untuk pengetahuan anda semua yang saya kasihi, hadis ini menegaskan tentang tiga perkara iaitu: Apa yang Rasulullah S.A.W suruh perlulah dilakukan mengikut kemampuan diri.Apa yang Rasulullah S.A.W larang perlulah ditinggalkan tanpa sebarang alasan.Janganlah bertanya perkara yang hanya menyusahkan dan membawa perselisihan.Untuk poin 1 dan 2, ia agak sudah biasa kita dengar. Poin ketiga ini bagaimanapun leih menarik. Ia jarang dikupas, namun amat penting untuk difahami. Pasti ada antara anda yang berkata, “Kalau begitu, tidak boleh bertanya langsung ke?” sambil menggaru kepala yang agak gatal. Jangan risau. Persoalan itu antara lain akan dijawab di dalam kupasan kali ini insya-Allah. Senyum. Antara yang menarik di dalam isu kali ini termasuklah tulisan Ustazah Maznah Daud yang mengupas hadis kesembilan di dalam artikel beliau, Umat Yang Beramal, Bukan Petah Menyoal. Selain itu, kupasan daripada Dr Kamaru Salam Yusof di dalam artikelnya Jangan Banyak Soal! juga sedikit sebanyak dapat memberi pencerahan kepada anda tentang hadis ini. Pak Utih pula seperti biasa menghiburkan dengan tulisan yang ditujukan khas buat mereka yang sudah berumah tangga, Suami Relaks, Isteri Stres. Ditambah pula artikel bertajuk Kerana Sebuah Pagar, sebuah karya daripada Saudari Aimal Syauqiyah yang membuat penampilan sulung di dalam Majalah ini. Dan pastinya tidak ketinggalan, Saudari Umairah, Editor Majalah Jom! yang menulis artikel Untungnya Bertanya!. Insya-Allah, majalah kecil ini pasti ada sesuatu untuk anda. Tidak percaya? Cubalah baca dahulu. Jom baca Jom!