[PDF] Kaedah Mampan Dan Hijau Untuk Rawatan Air Tercemar Penerbit Usm - eBooks Review

Kaedah Mampan Dan Hijau Untuk Rawatan Air Tercemar Penerbit Usm


Kaedah Mampan Dan Hijau Untuk Rawatan Air Tercemar Penerbit Usm
DOWNLOAD

Download Kaedah Mampan Dan Hijau Untuk Rawatan Air Tercemar Penerbit Usm PDF/ePub or read online books in Mobi eBooks. Click Download or Read Online button to get Kaedah Mampan Dan Hijau Untuk Rawatan Air Tercemar Penerbit Usm book now. This website allows unlimited access to, at the time of writing, more than 1.5 million titles, including hundreds of thousands of titles in various foreign languages. If the content not found or just blank you must refresh this page



Kaedah Mampan Dan Hijau Untuk Rawatan Air Tercemar Penerbit Usm


Kaedah Mampan Dan Hijau Untuk Rawatan Air Tercemar Penerbit Usm
DOWNLOAD
Author : Rohana Adnan
language : ms
Publisher: Penerbit USM
Release Date : 2020-03-30

Kaedah Mampan Dan Hijau Untuk Rawatan Air Tercemar Penerbit Usm written by Rohana Adnan and has been published by Penerbit USM this book supported file pdf, txt, epub, kindle and other format this book has been release on 2020-03-30 with Technology & Engineering categories.


Pencemaran air dan sumber air pada masa kini telah menjadi salah satu punca masalah kesihatan utama yang mendapat perhatian di seluruh dunia. Daripada segi definisi, pencemaran air ialah perubahan kepada sifat-sifat fizik, kimia dan biologi air sehingga menjejaskan kegunaan air dan menyebabkan suatu keadaan yang berbahaya kepada kesihatan dan keselamatan awam dan/ atau kepada hidupan dan tumbuhan. Antara faktor pencemaran air ialah pembuangan sampah sarap ke dalam sumber air sama ada secara langsung atau tidak langsung yang menyebabkan kualiti air merosot dan tidak selamat untuk kegunaan domestik. Pembuangan sisa daripada sektor industri dan pertanian juga merupakan punca utama pencemaran air. Umumnya, air buangan daripada kedua-dua sektor ini turut mengandungi bahan kimia yang berbahaya. Apabila sisa tersebut bercampur dengan sumber air, tahap kebersihan air merosot dan hal ini boleh mengundang pelbagai penyakit kepada individu yang menggunakan air daripada sumber tersebut. Kajian terhadap teknik merawat air yang tercemar dengan bahan kimia seperti pewarna, sebatian fenol dan antibiotik, sebelum dilepaskan semula ke persekitaran merupakan bidang kajian yang menarik minat kumpulan penyelidikan penulis dan rakan-rakan. Terdapat beberapa kaedah yang boleh digunakan untuk menyingkirkan bahan pencemar daripada air buangan. Walau bagaimanapun, kajian penyelidikan penulis dan rakan-rakan lebih tertumpu kepada kaedah rawatan air yang mampan dan mesra alam, iaitu penjerapan menggunakan karbon teraktif dan karbon teraktif terubah suai, fotopemangkinan dan pengoksidaan Fenton. Kajian bagi memanjangkan tempoh hayat penjerap dan regenerasi penjerap terpakai turut menjadi tumpuan penyelidikan penulis dan rakan-rakan.



Ke Arah Hijau Dengan Penternakan Moluska


Ke Arah Hijau Dengan Penternakan Moluska
DOWNLOAD
Author : AILEEN TAN SHAU HWAI
language : ms
Publisher: Penerbit USM
Release Date :

Ke Arah Hijau Dengan Penternakan Moluska written by AILEEN TAN SHAU HWAI and has been published by Penerbit USM this book supported file pdf, txt, epub, kindle and other format this book has been release on with Technology & Engineering categories.


Pusat Kajian Samudera dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia (USM) telah menerajui penyelidikan tiram sejak tahun 1988. USM berjaya menghasilkan benih tiram daripada pembiakan tiruan dan berjaya menternak sehingga ke saiz yang matang. Pusat Penyelidikan Muka Head (nama lama bagi CEMACS sebelum dinaik taraf ke status pusat kecemerlangan), USM telah diiktiraf sebagai First Shellfish Centre oleh Malaysia Book of Records pada tahun 1995.



Altruistik Tanggungjawab Sosial Korporat Csr Dalam Pemilihan Organisasi Kajian Rentas Negara Penerbit Usm


Altruistik Tanggungjawab Sosial Korporat Csr Dalam Pemilihan Organisasi Kajian Rentas Negara Penerbit Usm
DOWNLOAD
Author : Jamilah Ahmad
language : ms
Publisher: Penerbit USM
Release Date : 2020-03-30

Altruistik Tanggungjawab Sosial Korporat Csr Dalam Pemilihan Organisasi Kajian Rentas Negara Penerbit Usm written by Jamilah Ahmad and has been published by Penerbit USM this book supported file pdf, txt, epub, kindle and other format this book has been release on 2020-03-30 with Business & Economics categories.


Altruistik didefinisikan sebagai tindakan sukarela yang dilakukan untuk menolong orang tanpa mengharapkan sebarang imbuhan. Dalam erti kata lain, perbuatan membantu orang lain tanpa mengutamakan kepentingan diri sendiri. Membina altruistik CSR dalam pemilihan kerjaya oleh graduan penting untuk memastikan kebolehpasaran graduan dengan nilai dan atribut pekerja yang cemerlang. CSR yang diperkenalkan dalam bentuk piramid oleh Arcie B. Carroll (1979) bersifat holistik membahagikan tanggungjawab sosial korporat kepada empat dimensi iaitu filantropi, etika, perundangan dan ekonomi. Manakala, penilaian secara mendalam dibuat ke atas ciri-ciri kebolehpasaran diukur menggunakan Teori Nilai Schwartz (1994) daripada aspek nilai (i) hala tuju kendiri; (ii) stimulasi; (iii) universalisme; (iv) hedonisme; (v) keselamatan; (vi) pematuhan; (vii) kebajikan; dan (viii) tradisi. Di Malaysia, kajian melibatkan kebolehpasaran dari sudut tanggungjawab sosial korporat masih kurang membincangkan tanggungjawab individu terutamanya dalam kalangan pekerja. Syarahan ini merungkai dapatan kajian rentas negara bertema Transnational Research on CSR Preferences of Young Job-seekers yang melibatkan 23 negara termasuk Malaysia. Negara-negara ini dibahagikan kepada lapan kluster iaitu Anglo-Amerika, Amerika Latin, EropahLatin, Eropah Timur, Eropah-Jerman, Timur-tengah, Asia Tenggara dan Confucian Asia. Dapatan kajian rentas negara menunjukkan terdapat jurang perbezaan dan persamaan yang ketara bagi atribut nilai yang diukur menggunakan Teori Nilai Schwartz dan Dimensi CSR Carroll. Perbandingan dapatan antara Malaysia dan global menunjukkan perbezaan kepada atribut kualiti pemilihan organisasi dalam kalangan graduan terutama bagi atribut gaji dan kekayaan material. Kajian ini diharap dapat menyumbang kepada pertimbangan dalam membuat pemilihan organisasi oleh graduan dari dimensi CSR dan nilai. Kajian ini juga diharap dapat dijadikan panduan oleh organisasi korporat di Malaysia, menyumbang kepada penggubalan dasar awam dan korporat dan memandu ciri-ciri kesepaduan negara dengan mengambil kira impak kelestarian yang menyumbang kepada masyarakat dan negara.



Produk Hiliran Oleokimia Inovasi Kejuruteraan Tindak Balas Dalam Mengharungi Kesuraman Industri Sawit Penerbit Usm


Produk Hiliran Oleokimia Inovasi Kejuruteraan Tindak Balas Dalam Mengharungi Kesuraman Industri Sawit Penerbit Usm
DOWNLOAD
Author : Ahmad Zuhairi Abdullah
language : ms
Publisher: Penerbit USM
Release Date : 2020-02-05

Produk Hiliran Oleokimia Inovasi Kejuruteraan Tindak Balas Dalam Mengharungi Kesuraman Industri Sawit Penerbit Usm written by Ahmad Zuhairi Abdullah and has been published by Penerbit USM this book supported file pdf, txt, epub, kindle and other format this book has been release on 2020-02-05 with Technology & Engineering categories.


Kelapa sawit merupakan anugerah yang amat berharga kepada Malaysia dan industri itu kini menjana pendapatan bagi kira-kira 3 juta penduduk. Hasil utama industri ini ialah minyak kelapa sawit dan minyak isirung serta pelbagai jenis biojisim yang dapat dimanfaatkan. Minyak kelapa sawit paling berpotensi untuk memenuhi keperluan minyak dan lemak dunia berdasarkan hasil pengeluaran tahunannya yang tinggi dan ditambah dengan kandungan oleokimianya yang sesuai untuk pelbagai aplikasi industri. Kejayaan industri ini sangat bergantung kepada faktor luaran khususnya polisi antarabangsa yang sering bersifat mendiskriminasi dan mempengaruhi pasarannya. Setelah menjalani suatu zaman yang memeritkan pada tahun 1980-an kerana kempen di Amerika Syarikat, minyak kelapa sawit kini mengulangi zaman suram terutamanya kerana perundangan di negaranegara Kesatuan Eropah yang mewajibkan pengurangan kandungan minyak kelapa sawit dalam program bahan api bio mereka menjelang tahun 2021. Pengurangan permintaan menyebabkan stok minyak kelapa sawit meningkat dan harga jualannya menurun secara drastik. Kandungan minyak kelapa sawit yang utama ialah trigliserida yang dibentuk daripada pelbagai kombinasi asid-asid lemak dan gliserol. Selain itu, ia juga mengandungi sebatian-sebatian karotenoid, hidrokarbon, fosfolipid, tokoferol dan sebagainya. Dalam usaha untuk meningkatkan permintaan dunia terhadap minyak ini, penukaran minyak kelapa sawit atau komponen-komponen oleokimianya kepada produk hiliran tertambah nilai sangat penting bagi memastikan kelestarian industri minyak kelapa sawit negara. Kejayaan dalam penukaran ini sangat bergantung kepada pembangunan proses bermangkin yang berkesan, selamat, bersih serta menjimatkan kos. Proses penukaran minyak kelapa sawit kepada biodiesel yang inovatif berjaya dicipta menggunakan mangkin heterogen yang aktif serta dibantu oleh tenaga ultrabunyi bagi mempercepat tindak balas. Tahap penukaran minyak kelapa sawit dan hasil biodiesel yang tinggi (peningkatan sekitar 20%–30%) mampu dicapai dalam masa tindak balas yang singkat (kurang daripada 1 jam) dan ini dapat mengurangkan kos pengeluaran biodiesel yang memenuhi spesifikasi piawai biodiesel antarabangsa seperti EN 14214 dan ASTM D6751. Terdapat banyak produk hiliran yang boleh dihasilkan daripada asid lemak. Molekul-molekul asid lemak boleh dinyahoksigenkan menggunakan mangkin logam yang sesuai kepada hidrokarbon linear yang sesuai digunakan sebagai bahan api. Tambah nilai komponen-komponen oleokimia minyak kelapa sawit juga mampu dicapai menerusi penukaran gliserol kepada sebatiansebatian bernilai tinggi seperti monogliserida, poligliserol, gliserol karbonat, asid laktik dan asid akrilik yang mempunyai permintaan yang tinggi di industri. Walau bagaimanapun, penukaran ini selalunya melibatkan proses bermangkin yang mempunyai cabaran yang tersendiri. Proses ini perlu memenuhi ciri-ciri teknologi hijau untuk menjamin penerimaan produk oleh pasaran antarabangsa. Cabaran ini perlu disambut oleh para penyelidik dalam bidang tindak balas oleokimia dalam usaha untuk mempelbagaikan produk hiliran oleokimia supaya kelestarian industri kelapa sawit negara dapat ditingkatkan.



Lutut Osteoartritis Dan Artroplasti


Lutut Osteoartritis Dan Artroplasti
DOWNLOAD
Author : AMRAN AHMED SHOKRI
language : ms
Publisher: Penerbit USM
Release Date :

Lutut Osteoartritis Dan Artroplasti written by AMRAN AHMED SHOKRI and has been published by Penerbit USM this book supported file pdf, txt, epub, kindle and other format this book has been release on with Medical categories.


Sendi lutut adalah antara sendi engsel terubah suai jenis sinovial yang terbesar dan terpenting. Ia merupakan sendi yang terbentuk di antara tulang paha, betis dan tulang kepala lutut (patela). Pergerakannya amat penting untuk aktiviti harian. Namun, kegagalannya boleh mengakibatkan osteoartritis lutut. Osteoartritis lutut banyak didiagnos dalam kalangan pesakit berumur, yang bercirikan kesakitan semasa bergerak dan lutut menjadi bengkok.



Sarkoma Pembedahan Menyelamatkan Anggota


Sarkoma Pembedahan Menyelamatkan Anggota
DOWNLOAD
Author : WAN FAISHAM NU'MAN WAN ISMAIL
language : ms
Publisher: Penerbit USM
Release Date :

Sarkoma Pembedahan Menyelamatkan Anggota written by WAN FAISHAM NU'MAN WAN ISMAIL and has been published by Penerbit USM this book supported file pdf, txt, epub, kindle and other format this book has been release on with Medical categories.


Di Malaysia, penyakit kanser merupakan masalah kesihatan yang penting, dan antara penyebab utama kematian. Rawatan kanser tulang dan tisu anggota sudah dijalankan di negara kita sejak dua dekad yang lampau. Umumnya, rawatan untuk menghalang pemerebakan kanser ini melibatkan pembedahan amputasi anggota yang akan mengakibatkan kecacatan kekal. Secara tidak langsung, hal ini menghalang pesakit untuk mendapatkan rawatan yang menyeluruh dan berakhir dengan kematian. Pendekatan terbaharu dalam rawatan kanser tulang yang melibatkan pembedahan menyelamatkan anggota badan telah berjaya menjamin peluang pesakit untuk mendapatkan rawatan yang optimum



Keusahawanan Etnik Cina Malaysia Kerajaan Budaya Dan Globalisasi


Keusahawanan Etnik Cina Malaysia Kerajaan Budaya Dan Globalisasi
DOWNLOAD
Author : Chin Yee Whah
language : ms
Publisher: Penerbit USM
Release Date : 2020-02-05

Keusahawanan Etnik Cina Malaysia Kerajaan Budaya Dan Globalisasi written by Chin Yee Whah and has been published by Penerbit USM this book supported file pdf, txt, epub, kindle and other format this book has been release on 2020-02-05 with Business & Economics categories.


Syarahan ini mengambil pendirian bahawa sebagai unsur yang dinamik, budaya dan budaya niaga mengambil bentuk yang berlainan dalam konteks struktur sosiekonomi dan politik yang berubah dalam proses pembangunan negara. Budaya niaga etnik Cina Malaysia mengambil bentuk yang berbeza mengikut perubahan dasar ekonomi negara, peluasan peranan kerajaan dalam ekonomi yang melahirkan aktor-aktor baharu dalam bidang ekonomi sama ada untuk bersaing mahupun bekerjasama dengan usahawan Cina dan lain-lain, serta proses globalisasi ekonomi yang semakin pesat dan mencabar yang menuntut daya saing tinggi. Hal ini bererti budaya niaga Cina tidak boleh lagi semata-mata bersifat keluarga dan intra-etnik tetapi harus mengambil kira bentuk-bentuk organisasi korporat yang baharu dan juga peranan etnik-etnik lain di Malaysia khususnya usahawan Melayu yang dilahirkan melalui dasar kerajaan khasnya Dasar Ekonomi Baru (DEB). Syarahan ini dibahagikan kepada lima bahagian. Bahagian pertama membahaskan pendekatanpendekatan yang digunakan untuk menjelaskan fenomena pembangunan kapitalisme di Asia Timur dan Asia Tenggara. Dalam syarahan ini pengkaji mengetengahkan satu pendekatan yang menggabungkan struktur dan agensi dengan memberi perhatian kepada konteks sejarah dan dinamisme agensi yang bertindak dalam ruang struktur dan sejarah tertentu. Pendekatan ini menganggap budaya tetap penting tetapi budaya itu bersifat dinamik dan perlu dihubungkaitkan dengan peranan agensi dan struktur yang berinteraksi dan berkembang dalam sejarah sehingga ia berfungsi dalam proses pembentukan dan pembentukan semula usahawan etnik Cina Malaysia dalam konteks dasar sosioekonomi dan politik negara yang berubah serta peluasan kuasa globalisasi yang semakin meningkat. Bahagian kedua menjelaskan pembentukan keusahawanan etnik Cina Malaysia yang berubah sifatnya daripada intra-etnik di bawah sistem ekonomi bebas kepada sifat inter-etnik di bawah DEB. Bahagian ketiga menjelaskan kemunculan dua bentuk keusahawanan baharu dalam sekitar tahun 1990-an; satu ialah kemunculan usaha sama inter-etnik syarikat korporat etnik Cina hasil daripada naungan politik dan satu lagi ialah kemunculan usaha sama inter-etnik dalam syarikat kecil dan sederhana. Bahagian keempat menjelaskan globalisasi ekonomi yang semakin berkembang mencipta peluang keusahawanan serta pelaburan etnik Cina Malaysia ke luar negara. Peluang keusahawanan etnik Cina juga muncul dalam sektor teknologi. Bahagian kelima membincangkan peluasan peranan kerajaan dalam ekonomi yang dominan menghambat pembangunan keusahawanan di Malaysia. Kesimpulannya, pengkaji berhujah bahawa untuk melangkah ke hadapan, walaupun etnisiti penting dalam masyarakat berbilang kaum seperti Malaysia, keusahawanan Malaysia baharu perlu melangkaui etnisiti demi meningkatkan daya saing dan pembentukan ciri-ciri keusahawanan yang unggul yang mampu bersaing di dalam negara dan di arena antarabangsa. Cabaran usahawan Malaysia dalam konteks pembangunan ekonomi China bukan sebagai etnik Cina tetapi sebagai usahawan yakni peranan budaya masih relevan tetapi tidak memadai, ia mesti dilengkapi dengan know-how, dan teknologi, serta sokongan kerajaan dalam zaman Revolusi Industri 4.0.



Teknologi Fotokatalis Nano Tio2 Memastikan Kelestarian Hari Esok Penerbit Usm


Teknologi Fotokatalis Nano Tio2 Memastikan Kelestarian Hari Esok Penerbit Usm
DOWNLOAD
Author : Srimala Sreekantan
language : ms
Publisher: Penerbit USM
Release Date : 2020-03-29

Teknologi Fotokatalis Nano Tio2 Memastikan Kelestarian Hari Esok Penerbit Usm written by Srimala Sreekantan and has been published by Penerbit USM this book supported file pdf, txt, epub, kindle and other format this book has been release on 2020-03-29 with Technology & Engineering categories.


Revolusi perindustrian dan kadar perkembangan populasi yang pesat merupakan titik permulaan utama perubahan ekologi bumi dan hubungan manusia dengan alam sekitar. Dalam usaha mengejar kemajuan negara dan meningkatkan taraf hidup penduduk, kita telah mengabaikan masalah pencemaran alam sekitar. Saban hari, masalah pencemaran air dan udara semakin berleluasa. Penggunaan bahan api fosil yang menyebabkan pemanasan global dan perubahan iklim antropogenik turut mengancam alam sekitar dan kesejahteraan manusia sejagat. Dua strategi untuk menangani masalah ini ialah: (1) merawat pencemaran yang sedia ada dengan menggunakan teknologi fotokatalis kerana ia berupaya untuk menguraikan bahan bertoksik kepada bahan yang tidak berbahaya, dan (2) menggantikan penggunaan bahan api fosil dengan tenaga bersih seperti hidrogen supaya penyelesaian mampan terhadap krisis tenaga dan pencemaran udara boleh tercapai. Pembuatan dan penggunaan fotokatalisis Nano TiO2 sifar dimensi (0D) yang dihasilkan melalui proses sol-gel dan Nano TiO2 satu dimensi (1D) melalui kaedah penganodan untuk menyumbang kepada kedua-dua strategi tersebut telah diketengahkan. Keunikan Nano TiO2 0D seperti bersaiz nano, kestabilan tinggi, tidak bertoksik, kebolehan menyerap cahaya nampak, lut sinar dan keupayaan beroperasi pada suhu bilik dan tekanan atmosfera telah memperluas kegunaannya dalam pelbagai segmen pasaran dunia untuk menangani masalah pencemaran udara (bakteria, virus, kulat dan VOC) dan pencemaran air. Keunikan Nano TiO2 1D yang berbentuk tiub dan tersusun atur dengan luas permukaan yang tinggi serta jurang jalur tenaga yang kecil membolehkannya digunakan sebagai fotokatod untuk proses elektrolisis air. Fotokatod Nano TiO2 1D mempercepatkan penyerapan foton daripada cahaya nampak lalu menghasilkan hidrogen dengan menggunakan dua sumber semula jadi, iaitu cahaya matahari dan air. Kecekapan fotokatalisis Nano TiO2 dalam menangani pencemaran udara dalaman, efluen industri batik dan penghasilan hidrogen adalah untuk menjamin kelestarian hari esok. Kesan signifikan kajian fotokatalisis terhadap kemampanan alam sekitar ialah peningkatan pembangunan ekonomi, imej negara dan kesejahteraan masyarakat dikongsi bersama.



Pencegahan Dan Rawatan Menggunakan Perubatan Herba Kepentingan Bukti Saintifik Penerbit Usm


Pencegahan Dan Rawatan Menggunakan Perubatan Herba Kepentingan Bukti Saintifik Penerbit Usm
DOWNLOAD
Author : Nik Soriani Yaacob
language : ms
Publisher: Penerbit USM
Release Date : 2020-02-05

Pencegahan Dan Rawatan Menggunakan Perubatan Herba Kepentingan Bukti Saintifik Penerbit Usm written by Nik Soriani Yaacob and has been published by Penerbit USM this book supported file pdf, txt, epub, kindle and other format this book has been release on 2020-02-05 with Medical categories.


Penggunaan sumber alam untuk perubatan telah lama dipraktikkan dengan rekod terawal tercatat lebih kurang 5,000 tahun yang lalu di negara China. Penggunaan perubatan herba semakin meningkat disebabkan antaranya, oleh kesan sampingan atau kurang keberkesanan sesetengah drug kemoterapi, peningkatan kos perubatan konvensional serta potensi farmakologi bahan herba contohnya sebagai agen anti-kanser. Namun, bahan herba juga boleh menyebabkan kesan sampingan yang berbahaya walaupun telah digunakan berkurun lamanya. Spesis Ephedra contohnya dijadikan bahan rawatan untuk penurunan berat badan dan telah menyebabkan pelbagai kesan sampingan termasuk hipertensi, strok dan serangan jantung. US Food and Drug Administration telah menghalang penggunaan herba ini. Spesis Aristolochia pula mempunyai kesan toksisiti seperti penyakit ginjal kronik dan kanser saluran kencing serta telah diklasifikasikan sebagai Karsinogen Kumpulan 1 oleh International Agency for Research on Cancer. Justeru, kebarangkalian interaksi bahan herba dengan drug konvensional juga perlu dikaji kerana mungkin boleh merencatkan keberkesanan drug atau merangsang kesan sampingan. Kajian saintifik yang terperinci telah mendapati perubatan herba berupaya memberi impak secara global terutama di negara-negara membangun. Salah satu tumbuhan herba yang berpotensi sebagai agen anti-kanser ialah Strobilanthes crispus (pecah beling atau pecah kaca). Satu sub-fraksi daripada ekstrak daunnya (SCS) boleh membunuh sel kanser payudara secara apoptosis, setanding dengan drug anti-kanser dan tamoxifen (Tam) pada dos tinggi, serta berpotensi meminimumkan kesan sampingan Tam dengan meningkatkan kesan Tam pada dos yang lebih rendah. Keadaan ini melibatkan modulasi pelbagai molekul isyarat dalam laluan apoptosis secara intrinsik dan ekstrinsik. Kajian menggunakan haiwan makmal menunjukkan rawatan SCS serta bahan aktifnya, lutein atau β-sitosterol, berupaya merencatkan pertumbuhan tumor mamari tanpa kesan negatif terhadap profil hematologi dan fungsi organ utama yang lain. Mekanisme tindakan terhadap tumor mamari ini adalah pelbagai, termasuk penurunan ekspresi protein pendorong kitaran sel tumor serta protein anti-apoptosis, manakala protein yang mengaruh apoptosis ditingkatkan. SCS juga dapat meningkatkan keupayaan sistem imun untuk bertindak terhadap tumor mamari dengan memodulasi ekspresi pelbagai protein berkaitan dan meningkatkan aktiviti sel imun yang melawan tumor. Di samping itu, SCS mampu menghalang penghijrahan dan pencerobohan sel tumor serta memodulasi pelbagai protein yang terlibat bagi membantutkan proses mestastasis tumor ke organ-organ lain. Kecanggihan pengkomputeran masa kini telah membolehkan simulasi analisis in silico sebatian-sebatian utama dalam SCS dijalankan bagi membantu dalam mengenal pasti potensi interaksinya dengan protein reseptor tertentu sebagai salah satu mekanisme tindakan anti-tumor SCS. Walaupun pelbagai kajian jelas menunjukkan SCS mempunyai kesan anti-kanser, kajian praklinikal Amalan Makmal Piawai masih diperlukan untuk memenuhi keperluan Agensi Regulatori Farmasi Negara sebelum bahan herba seperti SCS dapat dipasarkan sebagai adjuvan kepada drug terhadap kanser. Kajian saintifik yang terperinci dan menyeluruh dapat mengelakkan penggunaan bahan herba secara berleluasa tanpa memahami kesan sampingan atau interaksi dengan drug yang sedang digunakan. Seterusnya, kajian terperinci sebegini akan memudahkan kelulusan agensi berkaitan di peringkat antarabangsa.



Magnetoforesis Zarah Nano Di Bawah Medan Magnet Berkecerunan Rendah Penerbit Usm


Magnetoforesis Zarah Nano Di Bawah Medan Magnet Berkecerunan Rendah Penerbit Usm
DOWNLOAD
Author : Lim Jit Kang
language : ms
Publisher: Penerbit USM
Release Date : 2020-02-05

Magnetoforesis Zarah Nano Di Bawah Medan Magnet Berkecerunan Rendah Penerbit Usm written by Lim Jit Kang and has been published by Penerbit USM this book supported file pdf, txt, epub, kindle and other format this book has been release on 2020-02-05 with Science categories.


Syarahan ini membincangkan mengenai (1) interaksi di antara zarah-nano dan (2) interaksi antara zarah-nano dan bendalir sekeliling dalam mempengaruhi magnetoforesis kecerunan medan rendah. Untuk kes (1), analisis model Derjaguin-Landau-Verwey-Overbeek (DLVO) lanjutan mencadangkan bahawa tenaga elektrosterik yang disumbangkan oleh lapisan terjerap polimer di atas permukaan MNP telah mengubahkan interaksi antara zarah ke arah tolakan dengan larutan MNP yang lebih stabil. Oleh itu, sumbangan peningkatan kestabilan koloid boleh mempengaruhi kebolehpisahan MNP secara magnetik di mana semakin stabil larutan MNP itu, semakin sukar untuk memisahkannya secara magnetik. Manakala untuk kes (2), pemindahan momentum dua hala di antara MNP yang bergerak dengan bendalir sekeliling (dikenali sebagai kesan hidrodinamik) telah disahkan memainkan paranan yang penting dalam magnetoforesis kecerunan medan rendah. Akan tetapi, kesan hidrodinamik atas tingkah laku dinamik untuk pemisahan magnetik kecerunan medan rendah (LGMS) yang berskala makroskopik masih belum diterokai walaupun ia adalah sangat penting dalam reka bentuk dan pengoptimuman pemisah magnetik bagi aplikasi kejuruteraan. Justeru, objektif kedua kajian ini adalah untuk memahami mekanisme LGMS.