[PDF] Kesihatan Wanita Di Malaysia Perkembangan Isu Dan Cabaran Penerbit Usm - eBooks Review

Kesihatan Wanita Di Malaysia Perkembangan Isu Dan Cabaran Penerbit Usm


Kesihatan Wanita Di Malaysia Perkembangan Isu Dan Cabaran Penerbit Usm
DOWNLOAD

Download Kesihatan Wanita Di Malaysia Perkembangan Isu Dan Cabaran Penerbit Usm PDF/ePub or read online books in Mobi eBooks. Click Download or Read Online button to get Kesihatan Wanita Di Malaysia Perkembangan Isu Dan Cabaran Penerbit Usm book now. This website allows unlimited access to, at the time of writing, more than 1.5 million titles, including hundreds of thousands of titles in various foreign languages. If the content not found or just blank you must refresh this page



Kesihatan Wanita Di Malaysia Perkembangan Isu Dan Cabaran Penerbit Usm


Kesihatan Wanita Di Malaysia Perkembangan Isu Dan Cabaran Penerbit Usm
DOWNLOAD
Author : Nik Hazlina Nik Hussain
language : ms
Publisher: Penerbit USM
Release Date :

Kesihatan Wanita Di Malaysia Perkembangan Isu Dan Cabaran Penerbit Usm written by Nik Hazlina Nik Hussain and has been published by Penerbit USM this book supported file pdf, txt, epub, kindle and other format this book has been release on with Family & Relationships categories.


Menjadi tua mungkin menakutkan bagi sesetengah orang sehinggakan mereka sanggup berbelanja besar untuk kekal kelihatan muda walaupun sebenarnya usia akan tetap meningkat dari setahunu ke setahun dan mencecah usia emas sekiranya ditakdirkan berusia panjang. Manusia sebenarnya tidak dapat lari daripada realiti kehidupan, iaitu setiap yang muda pasti akan menjadi tua, setiapnya yang bernyawa pasti akan mati dan setiap yang sihat pasti akan sakit. Namun begitu kehidupan dapat dijalani dengan tahap kesihatan yang baik dan lebih berkualiti tanpa mengira usia. Dalam menghadapi kehidupan pada usia emas, persediaan perlu dibuat daripada sei mental, fizikal dan juga rohani sewaktu masih sihat dan muda lagi. Kesihatan yang baik, kewangan yang mencukupi, tempat tinggal yang selesa dan selamat, dan pemakana yang bekhasiat perli diberikan perhatian agar usia yang panjang dapat dijalani dengan penuh kesyukuran sebagai satu anugerah yang amat bernilai dan bukan suatu keperitan. Menopaus merupakan kenyataan hidup bagi setiap wanita yang dilahirkan, tetapi setiap orang akan menempuhinya dengan pengalaman yang berbeza. Menopaus juga menandakan berakhirnya tahun-tahun seseorang wanita berkeupayaan untuk hamil dan bermulanya babak baharu dalam kehidupannya. Wanita yang telah mencapai umur 50 tahun pada hari ini, mungkin akan terus hidup selama 30 tahun atau lebih lagi. Pada ketika itu, pastinya status dan aktivitinya mengalami banyak perubahan. Satu daripada tumpuan wanita selepas menopaus adalah untuk kekal sihat seboleh yang mungkin, kerana keadaan ini menentukan kebebasan seorang wanita apabila usia semakin meningkat. Tahun-tahun selepas menopaus perlu dinikmati dalam keadaan sihat dan gembira. Kekurangan maklumat dan kewujudan pelbagai teori tidak tepat menyebabkan ramai orang, termasuk wanita, mempunyai persepsi yang negatif terhadap menopaus.



Kesihatan Lelaki Di Malaysia Perkembangan Isu Dan Cabaran Penerbit Usm


Kesihatan Lelaki Di Malaysia Perkembangan Isu Dan Cabaran Penerbit Usm
DOWNLOAD
Author : Shaiful Bahari Ismail
language : ms
Publisher: Penerbit USM
Release Date : 2017-10-23

Kesihatan Lelaki Di Malaysia Perkembangan Isu Dan Cabaran Penerbit Usm written by Shaiful Bahari Ismail and has been published by Penerbit USM this book supported file pdf, txt, epub, kindle and other format this book has been release on 2017-10-23 with Family & Relationships categories.


Sistem kesihatan awam di Malaysia telah diiktiraf sebagai antara yang terbaik di dunia. Beberapa kajian oleh pihak luar telah mengiktiraf Malaysia sebagai negara yang mempunyai kemudahan kesihatan yang moden dan canggih di samping menawarkan perkhidmatan kesihatan pada kos yang minimum. Selaras dengan itu, perkembangan peringkat kesihatan primer turut diperluaskan, terutamanya dalam tempoh 15 tahun yang lalu. Antara kemajuan tersebut termasuklan mengiktiraf pakar perubatan keluarga sebagai pakar klinikal dan ditempatkan di klinik kesihatan seluruh negara. Kini, jumlah pakar perubatan keluarga (family medicine specialist, FMS) yang berkhidmat dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) adalah hampir 400 orang. Di universiti-universiti tempatan pula, terdapat lebih kurang 100 ahli akademik yang mempunyai kepakaran dalam bidang perubatan keluarga. Kerajaan juga turut mengiktiraf pakar perubatan keluarga lulusan Akademi Kedoktoran Keluarga Malaysia yang mengambil konjoin dengan Royal Australian College of General Practitioner (RACGP).



Peranan Ubat Ubatan Generik Dalam Kelestarian Penggunaan Farmaseutikal Di Malaysia Penerbit Usm


Peranan Ubat Ubatan Generik Dalam Kelestarian Penggunaan Farmaseutikal Di Malaysia Penerbit Usm
DOWNLOAD
Author : Mohamed Azmi Ahmad Hassali
language : en
Publisher: Penerbit USM
Release Date :

Peranan Ubat Ubatan Generik Dalam Kelestarian Penggunaan Farmaseutikal Di Malaysia Penerbit Usm written by Mohamed Azmi Ahmad Hassali and has been published by Penerbit USM this book supported file pdf, txt, epub, kindle and other format this book has been release on with categories.




Islamisme Dan Bahananya Cabaran Besar Politik Malaysia Abad Ke 21 Penerbit Usm


Islamisme Dan Bahananya Cabaran Besar Politik Malaysia Abad Ke 21 Penerbit Usm
DOWNLOAD
Author : Ahmad Fauzi Abdul Hamid
language : ms
Publisher: Penerbit USM
Release Date :

Islamisme Dan Bahananya Cabaran Besar Politik Malaysia Abad Ke 21 Penerbit Usm written by Ahmad Fauzi Abdul Hamid and has been published by Penerbit USM this book supported file pdf, txt, epub, kindle and other format this book has been release on with Religion categories.


Syarahan ini menelusuri perkembangan perbahasan dan wacana tentang Islam dan kedinamikan politiknya dalam masa 60 tahun (1957–2017), sejak Malaysia mencapai kemerdekaan sebagai sebuah entiti berdaulat dengan cita-cita untuk mendirikan sebuah negara bangsa. Elemen yang sangat penting dalam wacana ini ialah kedudukan rasmi Islam sebagai ‘agama persekutuan’ dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia dan pada masa yang sama memberi jaminan kebebasan beragama kepada agama-agama lain yang dianuti hampir 40 peratus daripada jumlah penduduk Malaysia. Wajah demografi Malaysia menjadi semakin rencam daripada sudut etnik dan agama dengan kemasukan Sabah, Sarawak, Singapura bersama Malaya ke dalam Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963. Berkait rapat dengan wacana ‘Islam politik’ atau ‘Islamisme’ di Malaysia ialah konsep-konsep ‘agama’ dan ‘sekularisme’ yang saling berinteraksi dan mengalami evolusi makna sebagai lanjutan daripada perbahasan umum yang melibatkan pelbagai pihak seperti para sarjana, ahli politik, birokrat, ulama, aktivis sosial, pengamal media dan pengulas media sosial. Hujahan yang dikemukakan di sini ialah makna ‘Islam’ yang difahami pemegang-pemegang taruh (stakeholders) telah mengalami perubahan pesat hasil interaksi aktif semua pihak berkepentingan termasuk organ-organ negara dan masyarakat sivil dengan Islam. ‘Islam’ dalam Artikel 3(1) Perlembagaan Persekutuan pada 31 Ogos 1957 tidak lagi sama kefahamannya dengan ‘Islam’ dalam dokumen yang sama pada tahun 2017. ‘Islam’ dan ‘Islamisme’ berhadapan dengan konflik atau percampuran maksud. Pergolakan politik yang dialami Malaysia sejak tiga dekad kebelakangan ini, iaitu sejak kesan kebangkitan Islam menampakkan impaknya dalam landskap politik, ekonomi dan sosial. Situasi ini boleh dikesan susur galurnya kepada kefahaman keagamaan yang lebih tegar yang menggariskan sempadan ketat tentang apa yang disifatkan sebagai ‘Islamik’ berbanding apa yang ‘tidak Islamik’. Kemasukan elemen tegar dalam wacana Islamisme ini diarusperdanakan di bawah projek-projek Islamisasi pemerintah, dengan reaksi-reaksi berbeza daripada pelbagai kelompok masyarakat. Penularan elemen tegar dalam dasar Islamisasi yang diabsahkan melalui kerangka politik rasmi membawa implikasi mendalam kepada politik Malaysia dalam arena hubungan Muslim dengan bukan Muslim, malah antara sesama Muslim yang berbeza corak pemikiran daripada aliran arus perdana.



Karya Agung Dan Politik Kenegaraan Melayu Penerbit Usm


Karya Agung Dan Politik Kenegaraan Melayu Penerbit Usm
DOWNLOAD
Author : Jelani Harun
language : en
Publisher: Penerbit USM
Release Date :

Karya Agung Dan Politik Kenegaraan Melayu Penerbit Usm written by Jelani Harun and has been published by Penerbit USM this book supported file pdf, txt, epub, kindle and other format this book has been release on with categories.


Politik kenegaraan Melayu memerikan kepandaian ilmu pentadbiran negara yang asli lahir dalam sejarah institusi kesultanan Melayu, suatu bentuk ilmu pengetahuan tentang cara mentadbir dan melaksanakan pemerintahan negara yang berpaksikan prinsip kedaulatan dan ketuanan Melayu. Dalam sistem tradisi ini, raja selaku ketua negara, agama dan adat istiadat menjadi pusat kekuasaan dengan dibantu oleh sekumpulan pembesar yang menjalankan pelbagai tugas pentadbiran kerajaan yang berhubungan terus dengan rakyat jelata. Teras kepada politik kenegaraan Melayu ialah raja yang bertakhta dan memiliki kuasa melaksanakan pemerintahan negara. Takhta dan kuasa menjadi inti pati atau nukleus kepada politik kenegaraan Melayu dan mengisi sebahagian besar ruang persuratan istana Melayu. Pewarisan takhta berasal usul daripada wa’ad raja dengan rakyat seperti yang tersurat dalam Sulalatus Salatin yang membentuk arketaip politik kenegaraan Melayu sehingga ke hari ini. Sementara kuasa dan kekuasaan pula amat berhubungan dengan kelahiran undang-undang dan amalan adat istiadat yang mengukuhkan atau mengawal keutuhan takhta. Sejarah penulisan buku yang khusus tentang panduan politik kenegaraan Melayu boleh disusuri semula melalui karya ketatanegaraan yang lahir di istana Aceh Darussalam pada abad ke-17, seperti Nasihat al-Muluk, Taj al-Salatin dan Bustan al-Salatin. Karya yang menerima pengaruh daripada tradisi politik kenegaraan Islam tersebut mengandungi pelbagai panduan bertulis tentang pembentukan keperibadian raja dan pembesar dan berperanan sebagai cermin adab kepimpinan mapan kepada mereka dalam melaksanakan pemerintahan negara. Hakikatnya hampir semua karya yang memerikan sejarah politik kesultanan Melayu lahir pada zaman penjajahan Barat di Alam Melayu dan hal ini menimbulkan persoalan tentang tujuan tersurat dan tersirat penulisan karya-karya tersebut sebagai benteng ketahanan politik kenegaraan Melayu. Karya-karya besar yang terhasil pada satu-satu zaman mengandungi kepelbagaian maklumat tentang konsep negara, tokoh pemimpin, suara rakyat dan pengajaran moral yang berhubungan dengan politik yang berlaku pada masa lalu. Karya-karya ini sewajarnya terus menjadi sumber rujukan sehingga ke hari ini, sama ada daripada sudut pendekatan sejarah persuratan yang diakronik atau sinkronik. Gagasan ini memerlukan penelitian filologi yang berterusan terhadap karya Melayu yang masih wujud dalam bentuk manuskrip Jawi yang berada di dalam dan di luar negara. Kini, semua hasil persuratan yang lahir pada abad ke-15 sehingga awal abad ke-20 yang memperlihatkan kekuatan isi dan kehalusan seni kepengarangan Melayu telah disanjung oleh masyarakat sebagai Karya Agung Melayu, sekali gus meninggikan teras politik kenegaraan Melayu dalam menghadapi cabaran kehidupan pada abad ke-21 ini.



Spektrum Penyakit Saraf Optik Di Malaysia Penerbit Usm


Spektrum Penyakit Saraf Optik Di Malaysia Penerbit Usm
DOWNLOAD
Author : Wan Hazabbah Wan Hitam
language : ms
Publisher: Penerbit USM
Release Date : 2020-03-29

Spektrum Penyakit Saraf Optik Di Malaysia Penerbit Usm written by Wan Hazabbah Wan Hitam and has been published by Penerbit USM this book supported file pdf, txt, epub, kindle and other format this book has been release on 2020-03-29 with Medical categories.


Di Malaysia, penyakit saraf optik merupakan penyakit yang utama dalam bidang neurooftalmologi dan menunjukkan peningkatan kes sejak akhir-akhir ini. Penyakit saraf optik merangkumi 33.0% daripada jumlah kes neuro-oftalmologi yang datang ke klinik. Neuritis optik boleh ditakrifkan sebagai inflamasi pada saraf optik. Penyakit ini menyebabkan kehilangan penglihatan yang akut. Dalam kajian yang dijalankan di Hospital USM, didapati 51.7% puncanya tidak dapat dikenal pasti. Berbanding kajian di negara-negara Barat, didapati skelerosis berbilang (multiple sclerosis) merupakan antara punca utama. Antara penyakit neuritis optik yang akan dibincangkan secara mendalam ialah neuroretinitis. Neuroretinitis ialah inflamasi yang melibatkan saraf optik dan diska optik serta melibatkan bahagian makular. Penyakit ini disebabkan oleh jangkitan bakteria Bartonella henselae. Hal ini berlaku akibat cakaran atau gigitan kucing kerana bakteria tersebut terdapat dalam air liur kucing. Kucing pula dijangkiti melalui kutu. Di Malaysia, data mengenai penyakit cakar kucing (cat-scratch disease) terutama bartonellosis okular adalah terhad. Kami telah menerbitkan hasil kajian (Chai et al., 2017) profil klinikal dan keputusan penglihatan penyakit bartonellosis okular di Malaysia. Objektif kajian adalah untuk melihat manifestasi klinikal, penglihatan sebelum dan selepas rawatan, keputusan penyiasatan dan rawatan untuk pesakit yang mengalami bartonellosis okular. Secara amnya, kajian prevalens terhadap kucing di Malaysia mendapati 16.9% positif terhadap Bartonella. Kadar ini adalah agak rendah berbanding negara-negara Asia lain seperti Singapura (47.5%), Indonesia (54%), Amerika Syarikat (39.5%) dan Kanada (17.2%). Kajian kami melibatkan kes-kes bartonellosis okular yang dirawat di dua pusat tertiari di Malaysia (2013–2015), iaitu Hospital USM dan Hospital Raja Perempuan Zainab II. Kami mendapati purata umur pesakit yang menghidapi penyakit ini adalah sekitar 29.3 tahun hampir sama dengan kajian yang dijalankan di Brazil oleh Curi et al. (2010). Sewaktu presentasi, kebanyakan pesakit neuroretinitis mempunyai tahap penglihatan yang kabur, iaitu 61.6% kurang daripada 6/18 dan 25% pula kurang daripada 6/60. Walau bagaimanapun, tahap penglihatan selepas menerima rawatan adalah sangat baik, iaitu 76.9% mempunyai tahap penglihatan lebih daripada 6/18. Seramai 57.9% pesakit mempunyai simptom sistemik, iaitu demam, sakit kepala, bengkak kelenjar dan jangkitan respiratori. Kebanyakan pesakit (63.2%) hanya mengalami jangkitan pada sebelah mata sahaja. Seramai 62.5% pesakit menunjukkan bengkak diska optik dan bintang pada makular. Manakala 42.1% menghadapi bengkak diska optik sahaja dan 10.5% hanya mempunyai infiltrasi retina. Rawatan awal dengan antibiotik mempercepatkan proses pemulihan tahap penglihatan. Sebanyak 57.9% pesakit menerima rawatan kortikosteroid sistemik. Rawatan ini berjaya memulihkan makular yang bengkak dengan ketara dan tahap penglihatan yang baik. Penyakit neuroretinitis memerlukan penyiasatan lanjut untuk memastikan puncanya. Rawatan antibiotik yang diberikan menunjukkan kesan yang baik. Pemulihan tahap penglihatan adalah memuaskan selepas rawatan. Walau bagaimanapun, cabaran utama ialah dalam memastikan diagnosis yang dibuat adalah tepat kerana neuroretinitis boleh menyerupai entiti lain. Penyiasatan yang menyeluruh adalah perlu bagi mengenal pasti puncanya.



Sejarah Dan Perkembangan Arkeologi Di Malaysia Isu Cabaran Dan Masa Depan Penerbit Usm


Sejarah Dan Perkembangan Arkeologi Di Malaysia Isu Cabaran Dan Masa Depan Penerbit Usm
DOWNLOAD
Author : Stephen Chia Ming Soon
language : ms
Publisher: Penerbit USM
Release Date : 2020-03-29

Sejarah Dan Perkembangan Arkeologi Di Malaysia Isu Cabaran Dan Masa Depan Penerbit Usm written by Stephen Chia Ming Soon and has been published by Penerbit USM this book supported file pdf, txt, epub, kindle and other format this book has been release on 2020-03-29 with Social Science categories.


Syarahan umum ini mengupas dan membincangkan sejarah dan perkembangan arkeologi di Malaysia yang bermula dari Zaman Kolonial British sekitar abad ke-19 Masihi sehingga kini. Sejarah dan perkembangan arkeologi negara yang panjang ini akan dibincangkan dalam empat fasa utama, iaitu (i) Zaman Kolonial – Antikuiti (1840–1900), (ii) Era Penubuhan Muzium (1900–1940), (iii) Era Selepas Perang Dunia II – Pembentukan Malaysia (1945–1970) dan (iv) Arkeologi Tempatan dan Era Moden (1970–2017). Perbincangan bertumpu pada tiga kawasan utama di Malaysia, iaitu Malaya, Sarawak dan Sabah. Kajian awal arkeologi adalah bersifat deskriptif dan eksplorasi untuk mencari artifak serta bahan antikuiti. Setelah Malaya mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, diikuti oleh pembentukan Malaysia dengan Sabah dan Sarawak pada tahun 1963, kerja-kerja arkeologi mulai berkembang menjadi program penyelidikan yang lebih sistematik oleh ahli arkeologi profesional. Lewat tahun 1970-an dan 1980-an merupakan titik perubahan dalam sejarah arkeologi negara apabila penyelidik tempatan mula menceburkan diri dalam bidang arkeologi. Sejak itu, arkeologi mula menjadi sebuah disiplin yang profesional dan saintifik. Pendek kata, sejarah dan kajian arkeologi di Malaysia selama lebih satu setengah dekad yang lalu telah menyaksikan perubahan secara beransur-ansur daripada pendekatan yang bersifat deskriptif-spekulasi kepada kajian yang saintifik dan bermultidisiplin. Perkembangan ini telah menjana banyak data dan pengetahuan baharu tentang prasejarah Malaysia. Namun, tempoh ini turut menyaksikan peningkatan isu dan cabaran dalam perlindungan dan pemuliharaan warisan arkeologi negara. Antara isu dan cabaran yang dihadapi oleh arkeologi negara sehingga kini adalah keperluan untuk melindungi, mengawal dan menguruskan tapak-tapak arkeologi dengan lebih baik disebabkan oleh kepesatan pembangunan ekonomi, terutamanya semasa 30 tahun yang lalu. Cabaran dan ancaman kerosakan warisan arkeologi daripada pembangunan ekonomi termasuklah aktiviti pembinaan lebuh raya, jalan raya dan empangan, pembangunan bandar, perlombongan, pembalakan, pertanian dan pencarian harta karun. Selain itu, terdapat juga isu-isu konservasi dan cabaran yang dihadapi oleh universiti, jabatan-jabatan muzium dan warisan seperti kekurangan kepakaran dan sumber manusia, kewangan, kemudahan, ruang dan peralatan. Pelbagai masalah baharu juga muncul disebabkan oleh peningkatan pelancongan warisan arkeologi selain isu-isu lama berkaitan kelemahan kajian dan pembentukan serta pelaksanaan perundangan untuk menjaga warisan arkeologi negara. Adalah diharapkan bahawa penyelidik arkeologi pada masa hadapan akan terus mencari data baharu dan membongkar lebih banyak misteri tentang prasejarah dan sejarah awal Malaysia. Pihak berwajib yang berkaitan seperti universiti, jabatan muzium negeri dan persekutuan serta jabatan warisan negara perlu memainkan peranan masing-masing serta meningkatkan lagi usaha untuk menyelidik, memantau, mengawal, mengurus dan membangunkan tapak dan warisan arkeologi negara. Sudah tiba masanya penyelidikan dan pembangunan warisan arkeologi di Malaysia mengambil kira penglibatan masyarakat etnik tempatan serta adat, nilai dan hak warisan mereka. Akhir kata, kekayaan arkeologi dan warisan budaya Malaysia perlu dipelihara dan dijaga, bukan sahaja untuk kepentingan penyelidikan, pelancongan dan faedah ekonomi mampan tetapi juga untuk manfaat dan pengetahuan pewaris dan generasi akan datang.



Kesihatan Wanita Pada Usia Emas Kenyataan Dan Harapan Penerbit Usm


Kesihatan Wanita Pada Usia Emas Kenyataan Dan Harapan Penerbit Usm
DOWNLOAD
Author : Nik Hazlina Nik Hussain
language : ms
Publisher: Penerbit USM
Release Date :

Kesihatan Wanita Pada Usia Emas Kenyataan Dan Harapan Penerbit Usm written by Nik Hazlina Nik Hussain and has been published by Penerbit USM this book supported file pdf, txt, epub, kindle and other format this book has been release on with Health & Fitness categories.


Kesihatan Wanita pada Usia Emas: Kenyataan dan Harapan menghuraikan dengan lebih mendalam isu dan cabaran berkaitan peningkatan bilangan warga emas, terutamanya dalam kalangan kaum wanita iaitu di peringkat pramenopaus, menopaus dan pascamenopaus. Kupasan ini membolehkan kaum wanita memahami semua aspek kesihatan menjelang usia emas dan bersedia untuk mengambil langkah-langkah yang dapat meningkatkan taraf kesihatan mereka. Satu daripada tumpuan utama wanita di usia emas adalah untuk kekal sihat seboleh yang mungkin, kerana keadaan ini menentukan kebebasan dan kualiti hidup yang bermakna bagi seorang wanita apabila usia semakin meningkat. Kandungan dan persembahan buku ini adalah padat, mantap dan menyeluruh merangkumi semua aspek kesihatan wanita di usia emas. Buku ini ditujukan kepada semua kaum wanita di mana sahaja, tidak mengira usia, status atau bangsa. Kaum lelaki juga perlu membaca buku ini untuk lebih memahami perubahan yang berlaku dan memberi sokongan yang tidak berbelah bahagi. Buku ini juga sesuai sebagai rujukan bagi pengamal perubatan, pelajar perubatan, pergigian, farmasi, sains kesihatan, kejururawatan, ekonomi kesihatan dan bidang pemakanan, sama ada di peringkat prasiswazah, siswazah dan juga pascasiswazah.



Gen Dan Ubat Ubatan Serta Penyelidikan Madu Penerbit Usm


Gen Dan Ubat Ubatan Serta Penyelidikan Madu Penerbit Usm
DOWNLOAD
Author : Gan Siew Hua
language : en
Publisher: Penerbit USM
Release Date :

Gen Dan Ubat Ubatan Serta Penyelidikan Madu Penerbit Usm written by Gan Siew Hua and has been published by Penerbit USM this book supported file pdf, txt, epub, kindle and other format this book has been release on with categories.


Bidang farmasi klinikal di Malaysia mula berkembang pada akhir tahun 1980-an yang bermula di Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian. Kelantan. Hasilan pendidikan dan perkhidmatan farmasi klinikal yang tercetus di situ, hospital-hospital di seluruh negara mulai menawarkan kepelbagaian perkhidmatan kepada pesakit dalam usaha untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik. Konsep penjagaan farmaseutikal yang mulai tersebar luas di seluruh dunia pada tahun 1990-an turut melibatkan perkembangannya di Malaysia. Konsep ini diserapkan dalam hampir kesemua perkhidmatan farmasi yang ada di negara ini. Sehubungan hal ini, bidang farmasi daripada aspek pendidikan dan perkhidmatan memberikan ruang kerjasama antara bidang petugas kesihatan lain seperti doktor dan jururawat. Proses ini mampu memantapkan lagi usaha peningkatan mutu kesihatan masyarakat yang sememangnya kurang arif tentang isu yang mampu membantu mereka. Konsep kelestarian dalam farmasi klinikal yang menekankan pendidikan terhadap pesakit dan kakitangan dalam bidang kesihatan dapat membawa negara ke arah yang lebih maju, serta sekali gus dapat menerajui penyelidikan dalam aspek klinikal dan penambahbaikan dalam farmakoterapi. Penyelidikan dan panduan pendidikan akan membantu dalam memastikan jaminan keselamatan penggunaan ubat-ubatan yang ada serta membantu ekonomi negara agar setanding dengan negara-negara maju yang lain. Kajian dan pendekatan dalam aspek pendidikan farmasi yang telah dilakukan menyumbang kepada penyebaran pengetahuan dan pengalaman yang lebih luas. Kesemua ini adalah demi kepentingan dan kelestarian umat manusia. Usaha untuk membantu masyarakat tentang pendidikan kefarmasian bukan terhad di negara sendiri bahkan penulis telah diundang ke seluruh dunia untuk berkongsi pengalaman dan pengajaran dalam aspek farmasi klinikal. Penglibatan penulis dalam pendidikan kefarmasian ini telah mengangkat nama beliau sehingga dinobatkan dengan pelbagai anugerah pada peringkat negara mahupun antarabangsa.



Merealisasikan Keusahawanan Pelaksanaan Dan Cabaran Penerbit Usm


Merealisasikan Keusahawanan Pelaksanaan Dan Cabaran Penerbit Usm
DOWNLOAD
Author : Mastura Jaafar@Mustapha
language : ms
Publisher: Penerbit USM
Release Date : 2020-03-29

Merealisasikan Keusahawanan Pelaksanaan Dan Cabaran Penerbit Usm written by Mastura Jaafar@Mustapha and has been published by Penerbit USM this book supported file pdf, txt, epub, kindle and other format this book has been release on 2020-03-29 with Business & Economics categories.


Sebagai sebuah negara yang membangun, Malaysia sedang mengorak langkah untuk memantapkan aspek keusahawanan dalam transformasi pendidikan negara. Keusahawanan juga merupakan elemen yang telah diberikan penekanan dalam pendidikan institusi pengajian tinggi di Malaysia. Universiti Sains Malaysia (USM) merupakan sebuah institusi yang bermatlamat untuk mengupayakan golongan masyarakat terkebawah melalui transformasi sosioekonomi. Model keusahawanan melalui kerjasama USM dan industri telah digunakan untuk merealisasikan pembangunan insan bagi kesejahteraan masyarakat sejagat. Usahawan dapat dilahirkan melalui latihan. Pendedahan tentang aspek keusahawanan, kemahiran teknikal dan pengurusan amat penting bagi memastikan kelestarian perniagaan. Modul latihan keusahawanan yang efektif dapat dijadikan asas penentu untuk melahirkan minat keusahawanan dan seterusnya menjayakan pembentukan entiti perniagaan yang baharu.