[PDF] Islamisme Dan Bahananya Cabaran Besar Politik Malaysia Abad Ke 21 Penerbit Usm - eBooks Review

Islamisme Dan Bahananya Cabaran Besar Politik Malaysia Abad Ke 21 Penerbit Usm


Islamisme Dan Bahananya Cabaran Besar Politik Malaysia Abad Ke 21 Penerbit Usm
DOWNLOAD

Download Islamisme Dan Bahananya Cabaran Besar Politik Malaysia Abad Ke 21 Penerbit Usm PDF/ePub or read online books in Mobi eBooks. Click Download or Read Online button to get Islamisme Dan Bahananya Cabaran Besar Politik Malaysia Abad Ke 21 Penerbit Usm book now. This website allows unlimited access to, at the time of writing, more than 1.5 million titles, including hundreds of thousands of titles in various foreign languages. If the content not found or just blank you must refresh this page





Islamisme Dan Bahananya Cabaran Besar Politik Malaysia Abad Ke 21 Penerbit Usm


Islamisme Dan Bahananya Cabaran Besar Politik Malaysia Abad Ke 21 Penerbit Usm
DOWNLOAD

Author : Ahmad Fauzi Abdul Hamid
language : ms
Publisher: Penerbit USM
Release Date :

Islamisme Dan Bahananya Cabaran Besar Politik Malaysia Abad Ke 21 Penerbit Usm written by Ahmad Fauzi Abdul Hamid and has been published by Penerbit USM this book supported file pdf, txt, epub, kindle and other format this book has been release on with Religion categories.


Syarahan ini menelusuri perkembangan perbahasan dan wacana tentang Islam dan kedinamikan politiknya dalam masa 60 tahun (1957–2017), sejak Malaysia mencapai kemerdekaan sebagai sebuah entiti berdaulat dengan cita-cita untuk mendirikan sebuah negara bangsa. Elemen yang sangat penting dalam wacana ini ialah kedudukan rasmi Islam sebagai ‘agama persekutuan’ dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia dan pada masa yang sama memberi jaminan kebebasan beragama kepada agama-agama lain yang dianuti hampir 40 peratus daripada jumlah penduduk Malaysia. Wajah demografi Malaysia menjadi semakin rencam daripada sudut etnik dan agama dengan kemasukan Sabah, Sarawak, Singapura bersama Malaya ke dalam Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963. Berkait rapat dengan wacana ‘Islam politik’ atau ‘Islamisme’ di Malaysia ialah konsep-konsep ‘agama’ dan ‘sekularisme’ yang saling berinteraksi dan mengalami evolusi makna sebagai lanjutan daripada perbahasan umum yang melibatkan pelbagai pihak seperti para sarjana, ahli politik, birokrat, ulama, aktivis sosial, pengamal media dan pengulas media sosial. Hujahan yang dikemukakan di sini ialah makna ‘Islam’ yang difahami pemegang-pemegang taruh (stakeholders) telah mengalami perubahan pesat hasil interaksi aktif semua pihak berkepentingan termasuk organ-organ negara dan masyarakat sivil dengan Islam. ‘Islam’ dalam Artikel 3(1) Perlembagaan Persekutuan pada 31 Ogos 1957 tidak lagi sama kefahamannya dengan ‘Islam’ dalam dokumen yang sama pada tahun 2017. ‘Islam’ dan ‘Islamisme’ berhadapan dengan konflik atau percampuran maksud. Pergolakan politik yang dialami Malaysia sejak tiga dekad kebelakangan ini, iaitu sejak kesan kebangkitan Islam menampakkan impaknya dalam landskap politik, ekonomi dan sosial. Situasi ini boleh dikesan susur galurnya kepada kefahaman keagamaan yang lebih tegar yang menggariskan sempadan ketat tentang apa yang disifatkan sebagai ‘Islamik’ berbanding apa yang ‘tidak Islamik’. Kemasukan elemen tegar dalam wacana Islamisme ini diarusperdanakan di bawah projek-projek Islamisasi pemerintah, dengan reaksi-reaksi berbeza daripada pelbagai kelompok masyarakat. Penularan elemen tegar dalam dasar Islamisasi yang diabsahkan melalui kerangka politik rasmi membawa implikasi mendalam kepada politik Malaysia dalam arena hubungan Muslim dengan bukan Muslim, malah antara sesama Muslim yang berbeza corak pemikiran daripada aliran arus perdana.



The Divine Bureaucracy And Disenchantment Of Social Life


The Divine Bureaucracy And Disenchantment Of Social Life
DOWNLOAD

Author : Maznah Mohamad
language : en
Publisher: Springer Nature
Release Date : 2020-03-02

The Divine Bureaucracy And Disenchantment Of Social Life written by Maznah Mohamad and has been published by Springer Nature this book supported file pdf, txt, epub, kindle and other format this book has been release on 2020-03-02 with Religion categories.


This book traces the expansion of Islamisation within a modern and plural state such as Malaysia. It elaborates on how elements of theology, sacred space, resources, and their interactivity with secular instruments such as legislative, electoral, and new social technological platforms are all instrumentally employed to consolidate a divine bureaucracy. The book makes the point that religious social movements and political parties are only few of the important agents of Islamisation in society. The other is the modern and secular state structure itself. Weber’s legal rational bureaucracy or Hegel’s ethical bureaucracy predominantly characterises a modern feature of governmentality. In this instance an Islamic bureaucracy is advantageously situated not only within an ambit of modernity and therefore legality, but divinity and therefore sacrality as well. This positioning gives religious state agents more salience than any other form of bureaucracy leading to their unquestioned authority in the current contexts of societies with Muslim majority rule. One of the requisites of this condition is the homogenisation of Islam followed by ring-fencing of its constituents. The latter can involve contestations with women, other genders, ‘secular’ Muslims, non-Muslims as well as dissenting Muslims with their differing truthful ‘Islams’.



Saringan Pendengaran Dalam Kalangan Kanak Kanak Antara Keperluan Dan Cabaran Penerbit Usm


Saringan Pendengaran Dalam Kalangan Kanak Kanak Antara Keperluan Dan Cabaran Penerbit Usm
DOWNLOAD

Author : Mohd Khairi MD Daud
language : ms
Publisher: Penerbit USM
Release Date : 2020-02-05

Saringan Pendengaran Dalam Kalangan Kanak Kanak Antara Keperluan Dan Cabaran Penerbit Usm written by Mohd Khairi MD Daud and has been published by Penerbit USM this book supported file pdf, txt, epub, kindle and other format this book has been release on 2020-02-05 with Cooking categories.


Bahasa untuk berkomunikasi dan persekitaran yang sesuai amat penting untuk kematangan kanak-kanak. Namun begitu, kanak-kanak yang mempunyai masalah pendengaran tidak akan mendapat kemahiran komunikasi yang baik dan hal ini menyebabkan mereka menghadapi kesukaran untuk berhubung dan menimba ilmu pengetahuan. Oleh sebab masalah pendengaran dalam kalangan kanak-kanak tidak dapat dilihat secara fizikal, diagnosis dan rawatan selalunya lewat diberikan. Hal ini menyebabkan kanak-kanak tersebut tidak dapat dipulihkan secara maksimum. Kehilangan pendengaran yang tidak dapat dikesan pada peringkat awal akan menimbulkan masalah komunikasi dan perkembangan bahasa, masalah sosial dan emosi, serta pencapaian yang kurang memberangsangkan dalam bidang akademik. Justeru, ujian saringan pendengaran dalam kanak-kanak amat perlu dilakukan. Protokol pemeriksaan pendengaran perlu disemak semula dengan tambahan masa untuk memberi penjelasan kepada ibu bapa. Instrumen yang boleh mendiagnosis kehilangan pendengaran perlu direka agar dapat mengurangkan keputusan positif palsu. Kit diagnostik yang baik akan dapat mengurangkan kadar rujukan yang tinggi dan oleh itu akan mengelakkan ibu bapa mendapat kebimbangan yang tidak perlu. Jika bilangan bayi rujukan rendah, masalah dengan kadar ketidakhadiran susulan boleh diminimumkan dan bilangan yang kecil ini lebih mudah untuk dikesan semula. Pengenalpastian gen kepekakan akan memudahkan pemahaman tentang proses molekul berkaitan ­­­­pendengaran dalam masyarakat kita, dan ia menawarkan prospek untuk ujian DNA.­­



P My Mikropemproses Kita Penerbit Usm


 P My Mikropemproses Kita Penerbit Usm
DOWNLOAD

Author : Mohd Zubir Mat Jafri
language : ms
Publisher: Penerbit USM
Release Date : 2020-03-29

P My Mikropemproses Kita Penerbit Usm written by Mohd Zubir Mat Jafri and has been published by Penerbit USM this book supported file pdf, txt, epub, kindle and other format this book has been release on 2020-03-29 with Science categories.


Mikropemproses ialah unit pemprosesan pusat yang terdapat di dalam komputer dan telefon pintar yang kita gunakan sepanjang masa. Peranti asas yang membina mikropemproses itu ialah transistor. Transistor pula dibina daripada bahan semikonduktor tulen. Bahan semikonduktor tulen yang biasa ialah silikon. Inilah secara ringkas asal-usul komputer dan telefon pintar kita. Saiz mikropemproses semakin kecil sehingga kini ia boleh dimuatkan di dalam telefon pintar kita. Lajunya semakin pantas sehingga kita boleh membuat panggilan video ke serata dunia. Bolehkah mikropemproses dikecilkan lagi sehingga boleh suntik ke dalam badan kita? Bolehkah kelajuan mikropemproses dipantaskan lagi kepada laju cahaya? Teks syarahan ini mencatatkan pengalaman penulis selama 30 tahun dalam pembelajaran dan pengajaran, serta penyelidikannya terhadap sistem mikropemproses dan fotonikpemproses. Ia juga menyentuh jangkaan masa depan mikropemproses atau nanopemproses yang digunakan pada hari ini. Sistem mikropemproses berkembang daripada sistem 4-bit, kepada sistem 8-bit seterusnya kepada sistem 16-bit. Sistemnya terus mengecil daripada dimensi saiznya kepada nanopemproses, tetapi keupayaan dan kelajuannya terus meningkat kepada sistem 32-bit dan 64-bit pada hari ini. Berdasarkan Hukum Moore, diramalkan sistem nanopemproses akan sampai ke penghujungnya pada tahun 2020 apabila saiz transistor menjadi 1 nm. Penggantinya, sekiranya kelajuan menjadi faktor penentu, maka laju cahaya menjadi sasaran dengan sistem fotonikpemproses; sekiranya saiz dan kuantiti maklumat yang menjadi penentu, maka sistem kuantumpemproses akan meneraju masa depan. Negara dan syarikat-syarikat yang besar telah melabur banyak ke arah kuantumpemproses. Penulis, dengan berasaskan Hukum Moore, meramalkan sistem penggantinya iaitu kuantumpemproses, akan berada di pasaran menjelang tahun 2033.



Pembangunan Tanpa Sempadan Di Malaysia Persoalan Kelestarian Dan Transformasi Kawasan


Pembangunan Tanpa Sempadan Di Malaysia Persoalan Kelestarian Dan Transformasi Kawasan
DOWNLOAD

Author : Narimah Samat
language : ms
Publisher: Penerbit USM
Release Date : 2020-01-20

Pembangunan Tanpa Sempadan Di Malaysia Persoalan Kelestarian Dan Transformasi Kawasan written by Narimah Samat and has been published by Penerbit USM this book supported file pdf, txt, epub, kindle and other format this book has been release on 2020-01-20 with Technology & Engineering categories.


Kepesatan pertumbuhan penduduk bandar membawa pelbagai cabaran kepada jururancang dan pembuat dasar yang berusaha memastikan pembangunan bandar bersifat lestari. Pada dekad ini, pertambahan penduduk bandar amat ketara. Pada tahun 1950 misalnya, hanya 30% penduduk dunia tinggal di bandar dan peratusan ini meningkat kepada 55% pada tahun 2018. Peningkatan penduduk bandar yang drastik berlaku di negara-negara membangun. Contohnya, penduduk bandar negara-negara membangun telah bertambah daripada 1 bilion pada tahun 1950 kepada 3.4 bilion pada tahun 2009 dan pertambahan ini dijangka mencapai 6.4 bilion pada tahun 2050. Pertambahan penduduk yang pesat dalam jangka masa yang singkat menimbulkan pelbagai cabaran seperti pengagihan sumber yang terhad dan pembangunan ekonomi yang tidak menyamai peningkatan penduduk. Pertambahan penduduk bandar juga membawa kepada perkembangan ruang fizikal bandar yang merebak ke kawasan pinggir. Perkembangan ini seterusnya mengubah guna tanah pertanian dan vegetasi kepada tepu bina dan menyebabkan sempadan antara bandar dengan luar bandar menjadi kabur. Walaupun pembangunan membawa kesan ekonomi yang positif kepada penduduk setempat, proses dan impak pembangunan tersebut boleh membawa kepada masalah pencemaran alam sekitar dan sosial sekiranya pembangunan tersebut tidak dirancang dan dikawal selia dengan baik. Disebabkan pentingnya perancangan dan pengurusan bandar demi mewujudkan bandar dan komuniti lestari, isu ini telah dijadikan salah satu agenda dalam Matlamat Pembangunan Lestari Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (SDGs), iaitu Agenda 11. Agenda ini menuntut agar semua negara dunia berusaha menjadikan bandar dan petempatan penduduk bersifat inklusif, selamat, berdaya huni dan lestari. Usaha mencapai kelestarian dalam pembangunan bandar dan komuniti perlu dilaksanakan dengan mengambil kira situasi semasa dan melihat perkembangan masa hadapan. Namun begitu, usaha mengawal perkembangan dan rebakan bandar sering menghadapi cabaran kerana ketiadaan alat atau kaedah saintifik dalam memastikan perbandaran berlaku dalam sempadan bandar yang terkawal. Kewujudan Sistem Maklumat Geografi (GIS) sejak awal era 1970-an membolehkan data ruangan dan bukan ruangan diuruskan dan digunakan dalam pembentukan model ruangan dinamik untuk mensimulasi perubahan pembangunan bandar. Teknologi tersebut, dengan disokong oleh data yang lengkap, sesuai dijadikan alat dalam membantu kerajaan merancang pertumbuhan bandar sebelum perancangan berlaku dan memastikan kelestarian pembangunan yang diusahakan dapat dicapai. Syarahan ini mengupas isu dan kesan rebakan bandar tanpa sempadan dalam konteks kawasan setempat dan menghujahkan kesesuaian mengawal pembangunan tanpa sempadan dengan mewujudkan sebuah sempadan pembangunan bandar (urban growth boundary/urban containment boundary) yang menjadi pemisah antara kawasan pembangunan dengan kawasan bukan pembangunan, seperti yang disarankan dalam Dasar Perbandaran Negara Kedua (DPN 2). Persempadanan ini dapat direalisasikan melalui pembentukan model ruangan dinamik dengan mereka bentuk beberapa senario perbandaran masa hadapan dan kesesuaiannya dapat diambil kira sebelum sesuatu pelan pembangunan guna tanah bandar diguna pakai. Walaupun model ruangan dinamik sesuai untuk merancang pembangunan guna tanah bandar, penekanan harus diberikan kepada proses perbandaran yang bersifat multidimensi. Secara konsepnya, kedinamikan telehubungan bandar (urban teleconnection) yang wujud dalam ruang bandardesa tidak hanya melihat perbandaran sebagai proses perubahan demografi, malah perbandaran dianggap mengadunkan perubahan sistem pengangkutan, ekonomi dan cara hidup bandar-desa dengan pelbagai kemudahan yang sebelum ini hanya dinikmati oleh penduduk bandar. Oleh hal yang demikian, perkembangan bandar perlu dirancang dan dikawal selia dengan dasar dan pelan yang sistematik dan holistik bagi memastikan perkembangan ini tidak membawa impak negatif kepada penduduk setempat, bersifat inklusif dan menyediakan peluang ekonomi dan sosial yang bersesuaian.



Faktor Sosioekonomi Dan Faktor Risiko Penyakit Tidak Berjangkit Di Malaysia Penerbit Usm


Faktor Sosioekonomi Dan Faktor Risiko Penyakit Tidak Berjangkit Di Malaysia Penerbit Usm
DOWNLOAD

Author : Andrew Tan Khee Guan
language : ms
Publisher: Penerbit USM
Release Date : 2020-02-05

Faktor Sosioekonomi Dan Faktor Risiko Penyakit Tidak Berjangkit Di Malaysia Penerbit Usm written by Andrew Tan Khee Guan and has been published by Penerbit USM this book supported file pdf, txt, epub, kindle and other format this book has been release on 2020-02-05 with Medical categories.


Penyakit tidak berjangkit (NCD) ialah punca utama morbiditi dan mortaliti di seluruh dunia. Di Malaysia, NCD seperti penyakit kardiovaskular, kanser, penyakit sistem pernafasan kronik, diabetes dan penyakit tidak berjangkit yang lain menyumbang kepada 74.0% daripada jumlah kematian pada tahun 2016. Sebagai faktor risiko dapat diubah yang utama bagi NCD, penyakit yang berkaitan dengan tabiat merokok adalah antara empat punca utama kematian di Malaysia. Selain itu, kekurangan aktiviti fizikal dan amalan pemakanan yang tidak sihat juga merupakan faktor risiko dapat diubah bagi NCD yang dikaitkan dengan pelbagai jenis penyakit kronik. Tambahan pula, kedua-dua faktor ketidakaktifan daripada segi fizikal dan amalan pemakanan yang tidak sihat juga menyumbang kepada masalah berat badan berlebihan atau obesiti yang sekali gus menjadi faktor risiko utama bagi NCD yang berkaitan dengan berat badan. Bagi kaum wanita pula, kurangnya kesedaran tentang kanser payudara dan kanser serviks menjadi faktor risiko utama bagi kedua-dua jenis penyakit kanser tersebut, yang paling biasa dihidapi dan menjadi penyebab kematian dalam kalangan wanita di Malaysia. Hakikatnya, kanser-kanser tersebut dapat dicegah dan disembuhkan jika dikesan pada peringkat awal. Sistem penjagaan kesihatan awam di Malaysia juga menghadapi beban ekonomi yang berat disebabkan NCD yang sering dihidapi rakyat Malaysia. Kerajaan Malaysia membelanjakan kira-kira RM3 bilion setahun untuk merawat penyakit yang berkaitan dengan tabiat merokok. Selain itu, kos rawatan bagi obesiti dianggarkan berjumlah RM6.4 bilion setahun, manakala kos rawatan bagi kanser payudara atau kanser serviks pula dianggarkan berjumlah RM51.6 juta setahun. Maka, jelaslah bahawa dalam usaha menjana pembangunan yang pesat ke arah mencapai status negara maju menjelang tahun 2020, Malaysia seharusnya bersedia menganggarkan tanggungan kos kesihatan dan kos ekonomi yang amat tinggi akibat NCD. Rawatan NCD mungkin akan membebankan sistem penjagaan kesihatan Malaysia, malah cenderung mengalihkan sumber ekonomi yang terhad daripada perubatan pencegahan dan rawatan penyakit-penyakit berjangkit (seperti kolera, radang paru-paru, demam denggi, malaria dan HIV/AIDS). Secara optimistik, banyak beban NCD dapat dielakkan dan kerugian daripada segi ekonomi dapat dikurangkan jika langkah pencegahan yang sistematik dapat diambil pada peringkat permulaan dan perkembangannya. Hal ini kerana kebanyakan faktor risiko NCD merupakan tingkah laku yang dapat diubah dan dipengaruhi faktor penentu sosioekonomi, sekali gus menjadikan faktor-faktor tersebut sebagai punca dan kesan penyakit-penyakit ini. Oleh itu, kebanyakan NCD dapat dicegah atau permulaannya dapat ditangguhkan sekiranya penentu sosioekonomi yang dikaitkan dengan faktor-faktor risiko yang dapat diubah ini dikenal pasti dan ditangani sewajarnya.



Teknologi Fotokatalis Nano Tio2 Memastikan Kelestarian Hari Esok Penerbit Usm


Teknologi Fotokatalis Nano Tio2 Memastikan Kelestarian Hari Esok Penerbit Usm
DOWNLOAD

Author : Srimala Sreekantan
language : ms
Publisher: Penerbit USM
Release Date : 2020-03-29

Teknologi Fotokatalis Nano Tio2 Memastikan Kelestarian Hari Esok Penerbit Usm written by Srimala Sreekantan and has been published by Penerbit USM this book supported file pdf, txt, epub, kindle and other format this book has been release on 2020-03-29 with Technology & Engineering categories.


Revolusi perindustrian dan kadar perkembangan populasi yang pesat merupakan titik permulaan utama perubahan ekologi bumi dan hubungan manusia dengan alam sekitar. Dalam usaha mengejar kemajuan negara dan meningkatkan taraf hidup penduduk, kita telah mengabaikan masalah pencemaran alam sekitar. Saban hari, masalah pencemaran air dan udara semakin berleluasa. Penggunaan bahan api fosil yang menyebabkan pemanasan global dan perubahan iklim antropogenik turut mengancam alam sekitar dan kesejahteraan manusia sejagat. Dua strategi untuk menangani masalah ini ialah: (1) merawat pencemaran yang sedia ada dengan menggunakan teknologi fotokatalis kerana ia berupaya untuk menguraikan bahan bertoksik kepada bahan yang tidak berbahaya, dan (2) menggantikan penggunaan bahan api fosil dengan tenaga bersih seperti hidrogen supaya penyelesaian mampan terhadap krisis tenaga dan pencemaran udara boleh tercapai. Pembuatan dan penggunaan fotokatalisis Nano TiO2 sifar dimensi (0D) yang dihasilkan melalui proses sol-gel dan Nano TiO2 satu dimensi (1D) melalui kaedah penganodan untuk menyumbang kepada kedua-dua strategi tersebut telah diketengahkan. Keunikan Nano TiO2 0D seperti bersaiz nano, kestabilan tinggi, tidak bertoksik, kebolehan menyerap cahaya nampak, lut sinar dan keupayaan beroperasi pada suhu bilik dan tekanan atmosfera telah memperluas kegunaannya dalam pelbagai segmen pasaran dunia untuk menangani masalah pencemaran udara (bakteria, virus, kulat dan VOC) dan pencemaran air. Keunikan Nano TiO2 1D yang berbentuk tiub dan tersusun atur dengan luas permukaan yang tinggi serta jurang jalur tenaga yang kecil membolehkannya digunakan sebagai fotokatod untuk proses elektrolisis air. Fotokatod Nano TiO2 1D mempercepatkan penyerapan foton daripada cahaya nampak lalu menghasilkan hidrogen dengan menggunakan dua sumber semula jadi, iaitu cahaya matahari dan air. Kecekapan fotokatalisis Nano TiO2 dalam menangani pencemaran udara dalaman, efluen industri batik dan penghasilan hidrogen adalah untuk menjamin kelestarian hari esok. Kesan signifikan kajian fotokatalisis terhadap kemampanan alam sekitar ialah peningkatan pembangunan ekonomi, imej negara dan kesejahteraan masyarakat dikongsi bersama.



Kaedah Mampan Dan Hijau Untuk Rawatan Air Tercemar Penerbit Usm


Kaedah Mampan Dan Hijau Untuk Rawatan Air Tercemar Penerbit Usm
DOWNLOAD

Author : Rohana Adnan
language : ms
Publisher: Penerbit USM
Release Date : 2020-03-30

Kaedah Mampan Dan Hijau Untuk Rawatan Air Tercemar Penerbit Usm written by Rohana Adnan and has been published by Penerbit USM this book supported file pdf, txt, epub, kindle and other format this book has been release on 2020-03-30 with Technology & Engineering categories.


Pencemaran air dan sumber air pada masa kini telah menjadi salah satu punca masalah kesihatan utama yang mendapat perhatian di seluruh dunia. Daripada segi definisi, pencemaran air ialah perubahan kepada sifat-sifat fizik, kimia dan biologi air sehingga menjejaskan kegunaan air dan menyebabkan suatu keadaan yang berbahaya kepada kesihatan dan keselamatan awam dan/ atau kepada hidupan dan tumbuhan. Antara faktor pencemaran air ialah pembuangan sampah sarap ke dalam sumber air sama ada secara langsung atau tidak langsung yang menyebabkan kualiti air merosot dan tidak selamat untuk kegunaan domestik. Pembuangan sisa daripada sektor industri dan pertanian juga merupakan punca utama pencemaran air. Umumnya, air buangan daripada kedua-dua sektor ini turut mengandungi bahan kimia yang berbahaya. Apabila sisa tersebut bercampur dengan sumber air, tahap kebersihan air merosot dan hal ini boleh mengundang pelbagai penyakit kepada individu yang menggunakan air daripada sumber tersebut. Kajian terhadap teknik merawat air yang tercemar dengan bahan kimia seperti pewarna, sebatian fenol dan antibiotik, sebelum dilepaskan semula ke persekitaran merupakan bidang kajian yang menarik minat kumpulan penyelidikan penulis dan rakan-rakan. Terdapat beberapa kaedah yang boleh digunakan untuk menyingkirkan bahan pencemar daripada air buangan. Walau bagaimanapun, kajian penyelidikan penulis dan rakan-rakan lebih tertumpu kepada kaedah rawatan air yang mampan dan mesra alam, iaitu penjerapan menggunakan karbon teraktif dan karbon teraktif terubah suai, fotopemangkinan dan pengoksidaan Fenton. Kajian bagi memanjangkan tempoh hayat penjerap dan regenerasi penjerap terpakai turut menjadi tumpuan penyelidikan penulis dan rakan-rakan.



Nanokomposit Polimer Apabila Pengisi Nano Bertemu Polimer Penerbit Usm


Nanokomposit Polimer Apabila Pengisi Nano Bertemu Polimer Penerbit Usm
DOWNLOAD

Author : Chow Wen Shyang
language : ms
Publisher: Penerbit USM
Release Date :

Nanokomposit Polimer Apabila Pengisi Nano Bertemu Polimer Penerbit Usm written by Chow Wen Shyang and has been published by Penerbit USM this book supported file pdf, txt, epub, kindle and other format this book has been release on with Science categories.


Nanokomposit polimer adalah kompetitif berbanding mikrokomposit disebabkan sifat-sifatnya yang unik, seperti sifat mekanikal yang unggul, kestabilan terma yang tinggi, halangan gas dan rintangan nyala yang baik. Nanokomposit polimer adalah sesuai untuk dihasilkan dengan kebanyakan teknik pemprosesan dalam amalan industri semasa, dan ini akan mengurangkan halangan kepada pengkomersialan. Satu lagi penggunaan potensi nanokomposit yang agak menarik adalah berdasarkan polimer boleh biorosot. Polimer sedemikian telah menjadi keperluan yang amat tinggi dalam pelbagai penggunaan. Struktur eksfoliasi dan interkalasi dalam nanokomposit polimer/silikat berlapis adalah penting kerana ia dapat mempertingkat interaksi antara polimer dengan tanah liat nano, dan seterusnya dapat membawa perubahan yang ketara dalam sifat mekanikal, fizikal dan terma. Penambahan tiub nano haloisit ke dalam polimer dapat memberikan kesan yang ketara, contohnya, penambahbaikan sifat-sifat mekanikal, kestabilan terma, penghabluran dan rintangan nyala. Reka bentuk antara muka dan pengubahsuaian adalah penting untuk mengoptimumkan prestasi nanokomposit polimer/tiub nano haloisit dan merealisasikan fungsi yang diingini. Selulosa nano merupakan bahan nano yang penting kerana ia adalah lestari, boleh diperbaharui dan boleh dikitar semula. Penambahan selulosa nano dalam polimer dapat menghasilkan produk yang lebih mesra alam sekitar.



Kebesaran Alam Melalui Teropong Nano Penerbit Usm


Kebesaran Alam Melalui Teropong Nano Penerbit Usm
DOWNLOAD

Author : MD Roslan Hashim
language : ms
Publisher: Penerbit USM
Release Date : 2020-03-29

Kebesaran Alam Melalui Teropong Nano Penerbit Usm written by MD Roslan Hashim and has been published by Penerbit USM this book supported file pdf, txt, epub, kindle and other format this book has been release on 2020-03-29 with Technology & Engineering categories.


Besar atau kecil sesuatu benda yang bersifat relatif bergantung kepada perspektif manusia yang memerhatikannya. Ia boleh bersifat abstrak dan juga berpandukan saiz. Kebesaran alam selalunya dikaitkan dengan luas alam semesta ini dengan gugusan bintang sebanyak trilion trilion planet yang berada di dalam 200 bilion galaksi. Namun, teknologi tentang nano bahan memaparkan bahawa walaupun saiz tersangat kecil, pada hakikatnya terserlah ‘kebesaran’ dalam aspek ketinggian ilmu dan teknologi yang perlu difahami. Maka untuk melihat kebesaran alam secara fizikal dan secara abstrak (nano bahan), ilmu yang sesuai amat diperlukan. Manusia diciptakan dengan fakulti intelek yang berupaya menerokai ilmu baharu berdasarkan ilmu asas yang dianugerahkan Tuhan. Keupayaan meneroka ini adalah bersamaan dengan keupayaan akal untuk belajar bagi memperkayakan ilmu sedia ada. Maka ilmu asas fizik, matematik, kimia, biologi dan seumpamanya telah berkembang pesat melalui kajian demi kajian dan pemerhatian hingga membawa manusia daripada teknologi sub-milimeter kepada mikron dan seterusnya nano.