[PDF] Kebesaran Alam Melalui Teropong Nano Penerbit Usm - eBooks Review

Kebesaran Alam Melalui Teropong Nano Penerbit Usm


Kebesaran Alam Melalui Teropong Nano Penerbit Usm
DOWNLOAD

Download Kebesaran Alam Melalui Teropong Nano Penerbit Usm PDF/ePub or read online books in Mobi eBooks. Click Download or Read Online button to get Kebesaran Alam Melalui Teropong Nano Penerbit Usm book now. This website allows unlimited access to, at the time of writing, more than 1.5 million titles, including hundreds of thousands of titles in various foreign languages. If the content not found or just blank you must refresh this page





Kebesaran Alam Melalui Teropong Nano Penerbit Usm


Kebesaran Alam Melalui Teropong Nano Penerbit Usm
DOWNLOAD

Author : MD Roslan Hashim
language : ms
Publisher: Penerbit USM
Release Date : 2020-03-29

Kebesaran Alam Melalui Teropong Nano Penerbit Usm written by MD Roslan Hashim and has been published by Penerbit USM this book supported file pdf, txt, epub, kindle and other format this book has been release on 2020-03-29 with Technology & Engineering categories.


Besar atau kecil sesuatu benda yang bersifat relatif bergantung kepada perspektif manusia yang memerhatikannya. Ia boleh bersifat abstrak dan juga berpandukan saiz. Kebesaran alam selalunya dikaitkan dengan luas alam semesta ini dengan gugusan bintang sebanyak trilion trilion planet yang berada di dalam 200 bilion galaksi. Namun, teknologi tentang nano bahan memaparkan bahawa walaupun saiz tersangat kecil, pada hakikatnya terserlah ‘kebesaran’ dalam aspek ketinggian ilmu dan teknologi yang perlu difahami. Maka untuk melihat kebesaran alam secara fizikal dan secara abstrak (nano bahan), ilmu yang sesuai amat diperlukan. Manusia diciptakan dengan fakulti intelek yang berupaya menerokai ilmu baharu berdasarkan ilmu asas yang dianugerahkan Tuhan. Keupayaan meneroka ini adalah bersamaan dengan keupayaan akal untuk belajar bagi memperkayakan ilmu sedia ada. Maka ilmu asas fizik, matematik, kimia, biologi dan seumpamanya telah berkembang pesat melalui kajian demi kajian dan pemerhatian hingga membawa manusia daripada teknologi sub-milimeter kepada mikron dan seterusnya nano.



Magnetoforesis Zarah Nano Di Bawah Medan Magnet Berkecerunan Rendah Penerbit Usm


Magnetoforesis Zarah Nano Di Bawah Medan Magnet Berkecerunan Rendah Penerbit Usm
DOWNLOAD

Author : Lim Jit Kang
language : ms
Publisher: Penerbit USM
Release Date : 2020-02-05

Magnetoforesis Zarah Nano Di Bawah Medan Magnet Berkecerunan Rendah Penerbit Usm written by Lim Jit Kang and has been published by Penerbit USM this book supported file pdf, txt, epub, kindle and other format this book has been release on 2020-02-05 with Science categories.


Syarahan ini membincangkan mengenai (1) interaksi di antara zarah-nano dan (2) interaksi antara zarah-nano dan bendalir sekeliling dalam mempengaruhi magnetoforesis kecerunan medan rendah. Untuk kes (1), analisis model Derjaguin-Landau-Verwey-Overbeek (DLVO) lanjutan mencadangkan bahawa tenaga elektrosterik yang disumbangkan oleh lapisan terjerap polimer di atas permukaan MNP telah mengubahkan interaksi antara zarah ke arah tolakan dengan larutan MNP yang lebih stabil. Oleh itu, sumbangan peningkatan kestabilan koloid boleh mempengaruhi kebolehpisahan MNP secara magnetik di mana semakin stabil larutan MNP itu, semakin sukar untuk memisahkannya secara magnetik. Manakala untuk kes (2), pemindahan momentum dua hala di antara MNP yang bergerak dengan bendalir sekeliling (dikenali sebagai kesan hidrodinamik) telah disahkan memainkan paranan yang penting dalam magnetoforesis kecerunan medan rendah. Akan tetapi, kesan hidrodinamik atas tingkah laku dinamik untuk pemisahan magnetik kecerunan medan rendah (LGMS) yang berskala makroskopik masih belum diterokai walaupun ia adalah sangat penting dalam reka bentuk dan pengoptimuman pemisah magnetik bagi aplikasi kejuruteraan. Justeru, objektif kedua kajian ini adalah untuk memahami mekanisme LGMS.



Nanokomposit Polimer Apabila Pengisi Nano Bertemu Polimer Penerbit Usm


Nanokomposit Polimer Apabila Pengisi Nano Bertemu Polimer Penerbit Usm
DOWNLOAD

Author : Chow Wen Shyang
language : ms
Publisher: Penerbit USM
Release Date :

Nanokomposit Polimer Apabila Pengisi Nano Bertemu Polimer Penerbit Usm written by Chow Wen Shyang and has been published by Penerbit USM this book supported file pdf, txt, epub, kindle and other format this book has been release on with Science categories.


Nanokomposit polimer adalah kompetitif berbanding mikrokomposit disebabkan sifat-sifatnya yang unik, seperti sifat mekanikal yang unggul, kestabilan terma yang tinggi, halangan gas dan rintangan nyala yang baik. Nanokomposit polimer adalah sesuai untuk dihasilkan dengan kebanyakan teknik pemprosesan dalam amalan industri semasa, dan ini akan mengurangkan halangan kepada pengkomersialan. Satu lagi penggunaan potensi nanokomposit yang agak menarik adalah berdasarkan polimer boleh biorosot. Polimer sedemikian telah menjadi keperluan yang amat tinggi dalam pelbagai penggunaan. Struktur eksfoliasi dan interkalasi dalam nanokomposit polimer/silikat berlapis adalah penting kerana ia dapat mempertingkat interaksi antara polimer dengan tanah liat nano, dan seterusnya dapat membawa perubahan yang ketara dalam sifat mekanikal, fizikal dan terma. Penambahan tiub nano haloisit ke dalam polimer dapat memberikan kesan yang ketara, contohnya, penambahbaikan sifat-sifat mekanikal, kestabilan terma, penghabluran dan rintangan nyala. Reka bentuk antara muka dan pengubahsuaian adalah penting untuk mengoptimumkan prestasi nanokomposit polimer/tiub nano haloisit dan merealisasikan fungsi yang diingini. Selulosa nano merupakan bahan nano yang penting kerana ia adalah lestari, boleh diperbaharui dan boleh dikitar semula. Penambahan selulosa nano dalam polimer dapat menghasilkan produk yang lebih mesra alam sekitar.



Teknologi Fotokatalis Nano Tio2 Memastikan Kelestarian Hari Esok Penerbit Usm


Teknologi Fotokatalis Nano Tio2 Memastikan Kelestarian Hari Esok Penerbit Usm
DOWNLOAD

Author : Srimala Sreekantan
language : ms
Publisher: Penerbit USM
Release Date : 2020-03-29

Teknologi Fotokatalis Nano Tio2 Memastikan Kelestarian Hari Esok Penerbit Usm written by Srimala Sreekantan and has been published by Penerbit USM this book supported file pdf, txt, epub, kindle and other format this book has been release on 2020-03-29 with Technology & Engineering categories.


Revolusi perindustrian dan kadar perkembangan populasi yang pesat merupakan titik permulaan utama perubahan ekologi bumi dan hubungan manusia dengan alam sekitar. Dalam usaha mengejar kemajuan negara dan meningkatkan taraf hidup penduduk, kita telah mengabaikan masalah pencemaran alam sekitar. Saban hari, masalah pencemaran air dan udara semakin berleluasa. Penggunaan bahan api fosil yang menyebabkan pemanasan global dan perubahan iklim antropogenik turut mengancam alam sekitar dan kesejahteraan manusia sejagat. Dua strategi untuk menangani masalah ini ialah: (1) merawat pencemaran yang sedia ada dengan menggunakan teknologi fotokatalis kerana ia berupaya untuk menguraikan bahan bertoksik kepada bahan yang tidak berbahaya, dan (2) menggantikan penggunaan bahan api fosil dengan tenaga bersih seperti hidrogen supaya penyelesaian mampan terhadap krisis tenaga dan pencemaran udara boleh tercapai. Pembuatan dan penggunaan fotokatalisis Nano TiO2 sifar dimensi (0D) yang dihasilkan melalui proses sol-gel dan Nano TiO2 satu dimensi (1D) melalui kaedah penganodan untuk menyumbang kepada kedua-dua strategi tersebut telah diketengahkan. Keunikan Nano TiO2 0D seperti bersaiz nano, kestabilan tinggi, tidak bertoksik, kebolehan menyerap cahaya nampak, lut sinar dan keupayaan beroperasi pada suhu bilik dan tekanan atmosfera telah memperluas kegunaannya dalam pelbagai segmen pasaran dunia untuk menangani masalah pencemaran udara (bakteria, virus, kulat dan VOC) dan pencemaran air. Keunikan Nano TiO2 1D yang berbentuk tiub dan tersusun atur dengan luas permukaan yang tinggi serta jurang jalur tenaga yang kecil membolehkannya digunakan sebagai fotokatod untuk proses elektrolisis air. Fotokatod Nano TiO2 1D mempercepatkan penyerapan foton daripada cahaya nampak lalu menghasilkan hidrogen dengan menggunakan dua sumber semula jadi, iaitu cahaya matahari dan air. Kecekapan fotokatalisis Nano TiO2 dalam menangani pencemaran udara dalaman, efluen industri batik dan penghasilan hidrogen adalah untuk menjamin kelestarian hari esok. Kesan signifikan kajian fotokatalisis terhadap kemampanan alam sekitar ialah peningkatan pembangunan ekonomi, imej negara dan kesejahteraan masyarakat dikongsi bersama.



Memahami Sifat Bahan Melalui Sains Pengkomputeran Dan Muon Penerbit Usm


Memahami Sifat Bahan Melalui Sains Pengkomputeran Dan Muon Penerbit Usm
DOWNLOAD

Author : Shukri Sulaiman
language : ms
Publisher: Penerbit USM
Release Date : 2020-02-05

Memahami Sifat Bahan Melalui Sains Pengkomputeran Dan Muon Penerbit Usm written by Shukri Sulaiman and has been published by Penerbit USM this book supported file pdf, txt, epub, kindle and other format this book has been release on 2020-02-05 with Computers categories.


Kajian saintifik tentang sifat-sifat bahan adalah penting untuk penambahbaikan dan penggunaan bahan tersebut. Satu aspek yang penting dalam sains bahan adalah pengetahuan dan pemahaman pada peringkat mikroskopik yang melibatkan kesan kuantum terutama bagi bahan bersaiz nanometer yang sifatnya berbeza dengan dalam keadaan pukal. Jenis alat dan kaedah yang digunakan untuk mengkaji sifat bahan pada peringkat subatom bergantung kepada ciri-ciri yang dikaji. Kaedah eksperimen putaran/ santaian/resonan spin muon (µSR) dan sains pengkomputeran boleh digandingkan untuk mengkaji pelbagai aspek bahan pada peringkat elektron seperti struktur elektron, magnetisma, angkutan elektron, kecacatan titik dan dinamik spin. Muon (µ) adalah satu zarah asas yang tidak stabil dengan spin ½ dan jangka hayat 2.2 µs. Ada dua jenis zarah muon, satu positif (µ+) dan satu negatif (µ–). Secara teknikal, muon merujuk µ– manakala µ+ dipanggil antimuon. Penggunaan zarah antimuon sebagai prob untuk sifat bahan adalah teknik yang sangat berkesan. Teknik µSR telah berjaya digunakan untuk memahami pelbagai sifat bahan yang sukar untuk dikaji dengan teknik lain kerana apabila antimuon masuk ke dalam bahan ini, ia akan menawan satu elektron lantas membentuk muonium (Mu). Sifat kimia Mu adalah hampir sama dengan H dan dianggap sebagai satu radiosotop hidrogen dan kajian boleh dijalankan dengan satu sistem bendasing yang sangat cair. Walau bagaimanapun, kedudukan antimuon tidak dapat diketahui secara eksperimen, namun diperlukan untuk menganalisis dan memahami keputusan µSR. Dalam hal ini, sains pengkomputeran dengan kaedah seperti Teori Ketumpatan Fungsian (DFT) adalah satu cara yang efektif untuk menentukan lokasi muon di dalam bahan. Salah satu kekuatan teknik gandingan µSR dan pengiraan prinsip pertama adalah untuk mengkaji bahan dengan sifat magnetisma yang lemah seperti magnet organik. Satu perbezaan utama bahan ini dengan magnet konvensional adalah spin tak perpasangan dalam magnet organik tidak setempat pada sesuatu atom tetapi teragih pada keselurahan molekul. Struktur penertiban magnetik juga tidak dapat ditentukan secara eksperimen. Penggunaan teknik µSR telah dapat mengesahkan kewujudan penertiban antiferomagnet dalam bahan magnet organik. Kajian prinsip pertama DFT pula telah berjaya menunjukkan sifat-sifat ganjil taburan ketumpatan cas dan juga struktur penertiban antiferomagnet. Keputusan pengiraan DFT juga menunjukkan bahawa keadaan antiferomagnet adalah keadaan dasar bagi bahan ini dan struktur magnetik jarak jauh adalah dalam dua dimensi. Teknik µSR dan DFT juga telah digunakan untuk mengkaji sifat-sifat bahan dalam kategori sains hayat seperti protein dan DNA. Angkutan elektron dalam DNA merupakan satu fenomena asasi dan perubahan dalam ciri angkutan yang disebabkan oleh kerosakan pada molekul DNA mempunyai kaitan dengan beberapa jenis penyakit. Topologi angkutan dan mobiliti elektron dalam pelbagai bentuk molekul DNA boleh dikaji dengan µSR dan menggunakan molekul sintetik. Interaksi hiperhalus boleh dicerap dan boleh dibandingkan dengan dapatan daripada pengiraan DFT. Kajian saintifik dengan gandingan teknik µSR dan DFT telah terbukti mampu menyerlahkan banyak sifat-sifat bahan pada peringkat subatom. Pemahaman asasi pada peringkat subatom sangat penting terutamanya untuk bahan-bahan bukan konvensional dan juga yang bersaiz nanometer. Teknik ini yang biasanya digunakan dalam bidang fizik dan kimia juga berpotensi untuk diaplikasikan dalam bidang sains hayat dengan lebih meluas.



Pembangunan Tanpa Sempadan Di Malaysia Persoalan Kelestarian Dan Transformasi Kawasan


Pembangunan Tanpa Sempadan Di Malaysia Persoalan Kelestarian Dan Transformasi Kawasan
DOWNLOAD

Author : Narimah Samat
language : ms
Publisher: Penerbit USM
Release Date : 2020-01-20

Pembangunan Tanpa Sempadan Di Malaysia Persoalan Kelestarian Dan Transformasi Kawasan written by Narimah Samat and has been published by Penerbit USM this book supported file pdf, txt, epub, kindle and other format this book has been release on 2020-01-20 with Technology & Engineering categories.


Kepesatan pertumbuhan penduduk bandar membawa pelbagai cabaran kepada jururancang dan pembuat dasar yang berusaha memastikan pembangunan bandar bersifat lestari. Pada dekad ini, pertambahan penduduk bandar amat ketara. Pada tahun 1950 misalnya, hanya 30% penduduk dunia tinggal di bandar dan peratusan ini meningkat kepada 55% pada tahun 2018. Peningkatan penduduk bandar yang drastik berlaku di negara-negara membangun. Contohnya, penduduk bandar negara-negara membangun telah bertambah daripada 1 bilion pada tahun 1950 kepada 3.4 bilion pada tahun 2009 dan pertambahan ini dijangka mencapai 6.4 bilion pada tahun 2050. Pertambahan penduduk yang pesat dalam jangka masa yang singkat menimbulkan pelbagai cabaran seperti pengagihan sumber yang terhad dan pembangunan ekonomi yang tidak menyamai peningkatan penduduk. Pertambahan penduduk bandar juga membawa kepada perkembangan ruang fizikal bandar yang merebak ke kawasan pinggir. Perkembangan ini seterusnya mengubah guna tanah pertanian dan vegetasi kepada tepu bina dan menyebabkan sempadan antara bandar dengan luar bandar menjadi kabur. Walaupun pembangunan membawa kesan ekonomi yang positif kepada penduduk setempat, proses dan impak pembangunan tersebut boleh membawa kepada masalah pencemaran alam sekitar dan sosial sekiranya pembangunan tersebut tidak dirancang dan dikawal selia dengan baik. Disebabkan pentingnya perancangan dan pengurusan bandar demi mewujudkan bandar dan komuniti lestari, isu ini telah dijadikan salah satu agenda dalam Matlamat Pembangunan Lestari Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (SDGs), iaitu Agenda 11. Agenda ini menuntut agar semua negara dunia berusaha menjadikan bandar dan petempatan penduduk bersifat inklusif, selamat, berdaya huni dan lestari. Usaha mencapai kelestarian dalam pembangunan bandar dan komuniti perlu dilaksanakan dengan mengambil kira situasi semasa dan melihat perkembangan masa hadapan. Namun begitu, usaha mengawal perkembangan dan rebakan bandar sering menghadapi cabaran kerana ketiadaan alat atau kaedah saintifik dalam memastikan perbandaran berlaku dalam sempadan bandar yang terkawal. Kewujudan Sistem Maklumat Geografi (GIS) sejak awal era 1970-an membolehkan data ruangan dan bukan ruangan diuruskan dan digunakan dalam pembentukan model ruangan dinamik untuk mensimulasi perubahan pembangunan bandar. Teknologi tersebut, dengan disokong oleh data yang lengkap, sesuai dijadikan alat dalam membantu kerajaan merancang pertumbuhan bandar sebelum perancangan berlaku dan memastikan kelestarian pembangunan yang diusahakan dapat dicapai. Syarahan ini mengupas isu dan kesan rebakan bandar tanpa sempadan dalam konteks kawasan setempat dan menghujahkan kesesuaian mengawal pembangunan tanpa sempadan dengan mewujudkan sebuah sempadan pembangunan bandar (urban growth boundary/urban containment boundary) yang menjadi pemisah antara kawasan pembangunan dengan kawasan bukan pembangunan, seperti yang disarankan dalam Dasar Perbandaran Negara Kedua (DPN 2). Persempadanan ini dapat direalisasikan melalui pembentukan model ruangan dinamik dengan mereka bentuk beberapa senario perbandaran masa hadapan dan kesesuaiannya dapat diambil kira sebelum sesuatu pelan pembangunan guna tanah bandar diguna pakai. Walaupun model ruangan dinamik sesuai untuk merancang pembangunan guna tanah bandar, penekanan harus diberikan kepada proses perbandaran yang bersifat multidimensi. Secara konsepnya, kedinamikan telehubungan bandar (urban teleconnection) yang wujud dalam ruang bandardesa tidak hanya melihat perbandaran sebagai proses perubahan demografi, malah perbandaran dianggap mengadunkan perubahan sistem pengangkutan, ekonomi dan cara hidup bandar-desa dengan pelbagai kemudahan yang sebelum ini hanya dinikmati oleh penduduk bandar. Oleh hal yang demikian, perkembangan bandar perlu dirancang dan dikawal selia dengan dasar dan pelan yang sistematik dan holistik bagi memastikan perkembangan ini tidak membawa impak negatif kepada penduduk setempat, bersifat inklusif dan menyediakan peluang ekonomi dan sosial yang bersesuaian.



Dunia Perubatan Oto Rino Larinks Apa Yang Seterusnya Penerbit Usm


Dunia Perubatan Oto Rino Larinks Apa Yang Seterusnya Penerbit Usm
DOWNLOAD

Author : Baharudin Abdullah
language : ms
Publisher: Penerbit USM
Release Date : 2020-02-05

Dunia Perubatan Oto Rino Larinks Apa Yang Seterusnya Penerbit Usm written by Baharudin Abdullah and has been published by Penerbit USM this book supported file pdf, txt, epub, kindle and other format this book has been release on 2020-02-05 with Medical categories.


Dunia perubatan otorinolaringologi – surgeri kepala dan leher telah berkembang sejak beberapa dekad yang lalu menjadi kepelbagaian subkepakaran, masing-masing dengan perubahan, perkembangan dan trend yang tersendiri. Banyak kemajuan yang menarik telah dibuat dalam bidang otorinolaringologi – surgeri kepala dan leher khususnya rinologi. Dalam beberapa dekad yang lalu, kemajuan dalam rawatan penyakit sinus telah berkait rapat dengan kemajuan teknologi. Kewujudan endoskopi hidung, navigational and image guided surgery dan powered instrumentation telah memainkan peranan penting dalam membantu doktor pakar untuk melaksanakan prosedur yang berkesan dan bersifat invasif minimalis kepada pesakit yang menghidap penyakit sinus. Pada masa yang sama, para penyelidik klinikal telah mengkaji penyebab penyakit sinus pada tahap molekul, secara teratur menghuraikan struktur polip hidung, biofilm dan siri laluan radang yang menyebabkan keradangan sinus. Teknologi sama ada lama atau baharu digunakan oleh pakar perubatan dalam cubaan mereka untuk memudahkan dan meningkatkan mutu penjagaan pesakit. Bagi pengurusan bahagian hadapan, koordinasi yang lebih baik antara pakar otorinolaringologi – surgeri kepala dan leher dengan pengamal perubatan am dapat membawa pada penjagaan pesakit yang lebih efisien dan berkesan. Dengan nada yang sama, indikasi yang sesuai untuk antibiotik dalam rawatan penyakit sinus dan kebimbangan yang berkaitan rutin preskripsi dapat diselesaikan. Dalam konteks kerja berpasukan, multidisciplinary approach melibatkan penyelarasan tafsiran CT scan sinus dan model kerja berintegrasi dalam penjagaan pesakit sesama pakar alergi, pakar pulmonologi dan pakar otolaringologi berdasarkan interaksi antara penyakit saluran udara atas dan bawah. Kesimpulannya, dunia perubatan otorinolaringologi – surgeri kepala dan leher telah berkembang dengan amat cepat dan banyak kemajuan telah dicapai dalam rawatan pesakit khususnya penyakit alergi dan sinus kronik. Penggunaan fizik dan biologi dalam rawatan perubatan secara penggunaan ubat dan pembedahan telah berjaya mencipta banyak kemajuan yang berguna untuk pesakit. Seterusnya, teknologi akan merubah cara kita merawat pesakit pada masa depan. Akhirnya dalam menghadapi arus yang pantas dalam kemajuan teknologi sains perubatan, kita harus bersedia untuk menerima dan mempraktikkan ilmu dan kemahiran yang diperlukan selaras dengan teknologi tersebut.



Pencegahan Dan Rawatan Menggunakan Perubatan Herba Kepentingan Bukti Saintifik Penerbit Usm


Pencegahan Dan Rawatan Menggunakan Perubatan Herba Kepentingan Bukti Saintifik Penerbit Usm
DOWNLOAD

Author : Nik Soriani Yaacob
language : ms
Publisher: Penerbit USM
Release Date : 2020-02-05

Pencegahan Dan Rawatan Menggunakan Perubatan Herba Kepentingan Bukti Saintifik Penerbit Usm written by Nik Soriani Yaacob and has been published by Penerbit USM this book supported file pdf, txt, epub, kindle and other format this book has been release on 2020-02-05 with Medical categories.


Penggunaan sumber alam untuk perubatan telah lama dipraktikkan dengan rekod terawal tercatat lebih kurang 5,000 tahun yang lalu di negara China. Penggunaan perubatan herba semakin meningkat disebabkan antaranya, oleh kesan sampingan atau kurang keberkesanan sesetengah drug kemoterapi, peningkatan kos perubatan konvensional serta potensi farmakologi bahan herba contohnya sebagai agen anti-kanser. Namun, bahan herba juga boleh menyebabkan kesan sampingan yang berbahaya walaupun telah digunakan berkurun lamanya. Spesis Ephedra contohnya dijadikan bahan rawatan untuk penurunan berat badan dan telah menyebabkan pelbagai kesan sampingan termasuk hipertensi, strok dan serangan jantung. US Food and Drug Administration telah menghalang penggunaan herba ini. Spesis Aristolochia pula mempunyai kesan toksisiti seperti penyakit ginjal kronik dan kanser saluran kencing serta telah diklasifikasikan sebagai Karsinogen Kumpulan 1 oleh International Agency for Research on Cancer. Justeru, kebarangkalian interaksi bahan herba dengan drug konvensional juga perlu dikaji kerana mungkin boleh merencatkan keberkesanan drug atau merangsang kesan sampingan. Kajian saintifik yang terperinci telah mendapati perubatan herba berupaya memberi impak secara global terutama di negara-negara membangun. Salah satu tumbuhan herba yang berpotensi sebagai agen anti-kanser ialah Strobilanthes crispus (pecah beling atau pecah kaca). Satu sub-fraksi daripada ekstrak daunnya (SCS) boleh membunuh sel kanser payudara secara apoptosis, setanding dengan drug anti-kanser dan tamoxifen (Tam) pada dos tinggi, serta berpotensi meminimumkan kesan sampingan Tam dengan meningkatkan kesan Tam pada dos yang lebih rendah. Keadaan ini melibatkan modulasi pelbagai molekul isyarat dalam laluan apoptosis secara intrinsik dan ekstrinsik. Kajian menggunakan haiwan makmal menunjukkan rawatan SCS serta bahan aktifnya, lutein atau β-sitosterol, berupaya merencatkan pertumbuhan tumor mamari tanpa kesan negatif terhadap profil hematologi dan fungsi organ utama yang lain. Mekanisme tindakan terhadap tumor mamari ini adalah pelbagai, termasuk penurunan ekspresi protein pendorong kitaran sel tumor serta protein anti-apoptosis, manakala protein yang mengaruh apoptosis ditingkatkan. SCS juga dapat meningkatkan keupayaan sistem imun untuk bertindak terhadap tumor mamari dengan memodulasi ekspresi pelbagai protein berkaitan dan meningkatkan aktiviti sel imun yang melawan tumor. Di samping itu, SCS mampu menghalang penghijrahan dan pencerobohan sel tumor serta memodulasi pelbagai protein yang terlibat bagi membantutkan proses mestastasis tumor ke organ-organ lain. Kecanggihan pengkomputeran masa kini telah membolehkan simulasi analisis in silico sebatian-sebatian utama dalam SCS dijalankan bagi membantu dalam mengenal pasti potensi interaksinya dengan protein reseptor tertentu sebagai salah satu mekanisme tindakan anti-tumor SCS. Walaupun pelbagai kajian jelas menunjukkan SCS mempunyai kesan anti-kanser, kajian praklinikal Amalan Makmal Piawai masih diperlukan untuk memenuhi keperluan Agensi Regulatori Farmasi Negara sebelum bahan herba seperti SCS dapat dipasarkan sebagai adjuvan kepada drug terhadap kanser. Kajian saintifik yang terperinci dan menyeluruh dapat mengelakkan penggunaan bahan herba secara berleluasa tanpa memahami kesan sampingan atau interaksi dengan drug yang sedang digunakan. Seterusnya, kajian terperinci sebegini akan memudahkan kelulusan agensi berkaitan di peringkat antarabangsa.



Saringan Pendengaran Dalam Kalangan Kanak Kanak Antara Keperluan Dan Cabaran Penerbit Usm


Saringan Pendengaran Dalam Kalangan Kanak Kanak Antara Keperluan Dan Cabaran Penerbit Usm
DOWNLOAD

Author : Mohd Khairi MD Daud
language : ms
Publisher: Penerbit USM
Release Date : 2020-02-05

Saringan Pendengaran Dalam Kalangan Kanak Kanak Antara Keperluan Dan Cabaran Penerbit Usm written by Mohd Khairi MD Daud and has been published by Penerbit USM this book supported file pdf, txt, epub, kindle and other format this book has been release on 2020-02-05 with Cooking categories.


Bahasa untuk berkomunikasi dan persekitaran yang sesuai amat penting untuk kematangan kanak-kanak. Namun begitu, kanak-kanak yang mempunyai masalah pendengaran tidak akan mendapat kemahiran komunikasi yang baik dan hal ini menyebabkan mereka menghadapi kesukaran untuk berhubung dan menimba ilmu pengetahuan. Oleh sebab masalah pendengaran dalam kalangan kanak-kanak tidak dapat dilihat secara fizikal, diagnosis dan rawatan selalunya lewat diberikan. Hal ini menyebabkan kanak-kanak tersebut tidak dapat dipulihkan secara maksimum. Kehilangan pendengaran yang tidak dapat dikesan pada peringkat awal akan menimbulkan masalah komunikasi dan perkembangan bahasa, masalah sosial dan emosi, serta pencapaian yang kurang memberangsangkan dalam bidang akademik. Justeru, ujian saringan pendengaran dalam kanak-kanak amat perlu dilakukan. Protokol pemeriksaan pendengaran perlu disemak semula dengan tambahan masa untuk memberi penjelasan kepada ibu bapa. Instrumen yang boleh mendiagnosis kehilangan pendengaran perlu direka agar dapat mengurangkan keputusan positif palsu. Kit diagnostik yang baik akan dapat mengurangkan kadar rujukan yang tinggi dan oleh itu akan mengelakkan ibu bapa mendapat kebimbangan yang tidak perlu. Jika bilangan bayi rujukan rendah, masalah dengan kadar ketidakhadiran susulan boleh diminimumkan dan bilangan yang kecil ini lebih mudah untuk dikesan semula. Pengenalpastian gen kepekakan akan memudahkan pemahaman tentang proses molekul berkaitan ­­­­pendengaran dalam masyarakat kita, dan ia menawarkan prospek untuk ujian DNA.­­



Faktor Sosioekonomi Dan Faktor Risiko Penyakit Tidak Berjangkit Di Malaysia Penerbit Usm


Faktor Sosioekonomi Dan Faktor Risiko Penyakit Tidak Berjangkit Di Malaysia Penerbit Usm
DOWNLOAD

Author : Andrew Tan Khee Guan
language : ms
Publisher: Penerbit USM
Release Date : 2020-02-05

Faktor Sosioekonomi Dan Faktor Risiko Penyakit Tidak Berjangkit Di Malaysia Penerbit Usm written by Andrew Tan Khee Guan and has been published by Penerbit USM this book supported file pdf, txt, epub, kindle and other format this book has been release on 2020-02-05 with Medical categories.


Penyakit tidak berjangkit (NCD) ialah punca utama morbiditi dan mortaliti di seluruh dunia. Di Malaysia, NCD seperti penyakit kardiovaskular, kanser, penyakit sistem pernafasan kronik, diabetes dan penyakit tidak berjangkit yang lain menyumbang kepada 74.0% daripada jumlah kematian pada tahun 2016. Sebagai faktor risiko dapat diubah yang utama bagi NCD, penyakit yang berkaitan dengan tabiat merokok adalah antara empat punca utama kematian di Malaysia. Selain itu, kekurangan aktiviti fizikal dan amalan pemakanan yang tidak sihat juga merupakan faktor risiko dapat diubah bagi NCD yang dikaitkan dengan pelbagai jenis penyakit kronik. Tambahan pula, kedua-dua faktor ketidakaktifan daripada segi fizikal dan amalan pemakanan yang tidak sihat juga menyumbang kepada masalah berat badan berlebihan atau obesiti yang sekali gus menjadi faktor risiko utama bagi NCD yang berkaitan dengan berat badan. Bagi kaum wanita pula, kurangnya kesedaran tentang kanser payudara dan kanser serviks menjadi faktor risiko utama bagi kedua-dua jenis penyakit kanser tersebut, yang paling biasa dihidapi dan menjadi penyebab kematian dalam kalangan wanita di Malaysia. Hakikatnya, kanser-kanser tersebut dapat dicegah dan disembuhkan jika dikesan pada peringkat awal. Sistem penjagaan kesihatan awam di Malaysia juga menghadapi beban ekonomi yang berat disebabkan NCD yang sering dihidapi rakyat Malaysia. Kerajaan Malaysia membelanjakan kira-kira RM3 bilion setahun untuk merawat penyakit yang berkaitan dengan tabiat merokok. Selain itu, kos rawatan bagi obesiti dianggarkan berjumlah RM6.4 bilion setahun, manakala kos rawatan bagi kanser payudara atau kanser serviks pula dianggarkan berjumlah RM51.6 juta setahun. Maka, jelaslah bahawa dalam usaha menjana pembangunan yang pesat ke arah mencapai status negara maju menjelang tahun 2020, Malaysia seharusnya bersedia menganggarkan tanggungan kos kesihatan dan kos ekonomi yang amat tinggi akibat NCD. Rawatan NCD mungkin akan membebankan sistem penjagaan kesihatan Malaysia, malah cenderung mengalihkan sumber ekonomi yang terhad daripada perubatan pencegahan dan rawatan penyakit-penyakit berjangkit (seperti kolera, radang paru-paru, demam denggi, malaria dan HIV/AIDS). Secara optimistik, banyak beban NCD dapat dielakkan dan kerugian daripada segi ekonomi dapat dikurangkan jika langkah pencegahan yang sistematik dapat diambil pada peringkat permulaan dan perkembangannya. Hal ini kerana kebanyakan faktor risiko NCD merupakan tingkah laku yang dapat diubah dan dipengaruhi faktor penentu sosioekonomi, sekali gus menjadikan faktor-faktor tersebut sebagai punca dan kesan penyakit-penyakit ini. Oleh itu, kebanyakan NCD dapat dicegah atau permulaannya dapat ditangguhkan sekiranya penentu sosioekonomi yang dikaitkan dengan faktor-faktor risiko yang dapat diubah ini dikenal pasti dan ditangani sewajarnya.