[PDF] Saringan Pendengaran Dalam Kalangan Kanak Kanak Antara Keperluan Dan Cabaran Penerbit Usm - eBooks Review

Saringan Pendengaran Dalam Kalangan Kanak Kanak Antara Keperluan Dan Cabaran Penerbit Usm


Saringan Pendengaran Dalam Kalangan Kanak Kanak Antara Keperluan Dan Cabaran Penerbit Usm
DOWNLOAD

Download Saringan Pendengaran Dalam Kalangan Kanak Kanak Antara Keperluan Dan Cabaran Penerbit Usm PDF/ePub or read online books in Mobi eBooks. Click Download or Read Online button to get Saringan Pendengaran Dalam Kalangan Kanak Kanak Antara Keperluan Dan Cabaran Penerbit Usm book now. This website allows unlimited access to, at the time of writing, more than 1.5 million titles, including hundreds of thousands of titles in various foreign languages. If the content not found or just blank you must refresh this page



Saringan Pendengaran Dalam Kalangan Kanak Kanak Antara Keperluan Dan Cabaran Penerbit Usm


Saringan Pendengaran Dalam Kalangan Kanak Kanak Antara Keperluan Dan Cabaran Penerbit Usm
DOWNLOAD
Author : Mohd Khairi MD Daud
language : ms
Publisher: Penerbit USM
Release Date : 2020-02-05

Saringan Pendengaran Dalam Kalangan Kanak Kanak Antara Keperluan Dan Cabaran Penerbit Usm written by Mohd Khairi MD Daud and has been published by Penerbit USM this book supported file pdf, txt, epub, kindle and other format this book has been release on 2020-02-05 with Cooking categories.


Bahasa untuk berkomunikasi dan persekitaran yang sesuai amat penting untuk kematangan kanak-kanak. Namun begitu, kanak-kanak yang mempunyai masalah pendengaran tidak akan mendapat kemahiran komunikasi yang baik dan hal ini menyebabkan mereka menghadapi kesukaran untuk berhubung dan menimba ilmu pengetahuan. Oleh sebab masalah pendengaran dalam kalangan kanak-kanak tidak dapat dilihat secara fizikal, diagnosis dan rawatan selalunya lewat diberikan. Hal ini menyebabkan kanak-kanak tersebut tidak dapat dipulihkan secara maksimum. Kehilangan pendengaran yang tidak dapat dikesan pada peringkat awal akan menimbulkan masalah komunikasi dan perkembangan bahasa, masalah sosial dan emosi, serta pencapaian yang kurang memberangsangkan dalam bidang akademik. Justeru, ujian saringan pendengaran dalam kanak-kanak amat perlu dilakukan. Protokol pemeriksaan pendengaran perlu disemak semula dengan tambahan masa untuk memberi penjelasan kepada ibu bapa. Instrumen yang boleh mendiagnosis kehilangan pendengaran perlu direka agar dapat mengurangkan keputusan positif palsu. Kit diagnostik yang baik akan dapat mengurangkan kadar rujukan yang tinggi dan oleh itu akan mengelakkan ibu bapa mendapat kebimbangan yang tidak perlu. Jika bilangan bayi rujukan rendah, masalah dengan kadar ketidakhadiran susulan boleh diminimumkan dan bilangan yang kecil ini lebih mudah untuk dikesan semula. Pengenalpastian gen kepekakan akan memudahkan pemahaman tentang proses molekul berkaitan ­­­­pendengaran dalam masyarakat kita, dan ia menawarkan prospek untuk ujian DNA.­­



Pengurusan Kualiti Udara Di Malaysia Isu Dan Cabaran Pelaksanaan Penerbit Usm


Pengurusan Kualiti Udara Di Malaysia Isu Dan Cabaran Pelaksanaan Penerbit Usm
DOWNLOAD
Author : Nor Azam Ramli
language : ms
Publisher: Penerbit USM
Release Date : 2020-02-05

Pengurusan Kualiti Udara Di Malaysia Isu Dan Cabaran Pelaksanaan Penerbit Usm written by Nor Azam Ramli and has been published by Penerbit USM this book supported file pdf, txt, epub, kindle and other format this book has been release on 2020-02-05 with Nature categories.


Pencemaran udara merupakan isu kuno yang berkembang menjadi kompleks ekoran kepelbagaian aktiviti manusia. Perkembangan kemajuan tamadun manusia telah menyebabkan pembakaran terbuka yang dahulunya dianggap sebagai penting tetapi mula dianggap sebagai pencemar mulai tahun 1950-an. Kesedaran terhadap kesan negatif pencemaran udara terhadap alam, binaan, tumbuhan dan manusia, menyebabkan lebih banyak perhatian diberikan terhadap langkahlangkah pengawalannya. Pengawalan proaktif semakin mengambil tempat seiring dengan kemajuan pengetahuan berkaitan penilaian alam sekitar dan kualiti udara. Pengawalan boleh dikelaskan kepada dua, iaitu pengawalan kejuruteraan dan pengawalan pengurusan. Pengawalan kejuruteraan melibatkan aspek teknikal dan reka bentuk, manakala pengawalan pengurusan melibatkan peraturan, prosedur dan undang-undang. Pengawalan pencemaran udara melibatkan pelbagai inisiatif yang mempunyai kaitan langsung atau tidak langsung antara satu sama lain. Langkahlangkah utama dalam pelaksanaan pengawasan dan pengawalan pencemar udara sering dihambat oleh cabaran-cabaran yang timbul dan mengurangkan keberkesanan langkah pengawasan dan pengawalan. Kewujudan pencemar sekunder memerlukan penambahbaikan dalam kefahaman terhadap langkah tebatan bagi mengelakkan kesan negatif terhadap habitat manusia. Sasaran keberhasilan utama adalah memastikan kualiti udara di Malaysia dapat diurus dan berada pada tahap yang sihat.



Faktor Sosioekonomi Dan Faktor Risiko Penyakit Tidak Berjangkit Di Malaysia Penerbit Usm


Faktor Sosioekonomi Dan Faktor Risiko Penyakit Tidak Berjangkit Di Malaysia Penerbit Usm
DOWNLOAD
Author : Andrew Tan Khee Guan
language : ms
Publisher: Penerbit USM
Release Date : 2020-02-05

Faktor Sosioekonomi Dan Faktor Risiko Penyakit Tidak Berjangkit Di Malaysia Penerbit Usm written by Andrew Tan Khee Guan and has been published by Penerbit USM this book supported file pdf, txt, epub, kindle and other format this book has been release on 2020-02-05 with Medical categories.


Penyakit tidak berjangkit (NCD) ialah punca utama morbiditi dan mortaliti di seluruh dunia. Di Malaysia, NCD seperti penyakit kardiovaskular, kanser, penyakit sistem pernafasan kronik, diabetes dan penyakit tidak berjangkit yang lain menyumbang kepada 74.0% daripada jumlah kematian pada tahun 2016. Sebagai faktor risiko dapat diubah yang utama bagi NCD, penyakit yang berkaitan dengan tabiat merokok adalah antara empat punca utama kematian di Malaysia. Selain itu, kekurangan aktiviti fizikal dan amalan pemakanan yang tidak sihat juga merupakan faktor risiko dapat diubah bagi NCD yang dikaitkan dengan pelbagai jenis penyakit kronik. Tambahan pula, kedua-dua faktor ketidakaktifan daripada segi fizikal dan amalan pemakanan yang tidak sihat juga menyumbang kepada masalah berat badan berlebihan atau obesiti yang sekali gus menjadi faktor risiko utama bagi NCD yang berkaitan dengan berat badan. Bagi kaum wanita pula, kurangnya kesedaran tentang kanser payudara dan kanser serviks menjadi faktor risiko utama bagi kedua-dua jenis penyakit kanser tersebut, yang paling biasa dihidapi dan menjadi penyebab kematian dalam kalangan wanita di Malaysia. Hakikatnya, kanser-kanser tersebut dapat dicegah dan disembuhkan jika dikesan pada peringkat awal. Sistem penjagaan kesihatan awam di Malaysia juga menghadapi beban ekonomi yang berat disebabkan NCD yang sering dihidapi rakyat Malaysia. Kerajaan Malaysia membelanjakan kira-kira RM3 bilion setahun untuk merawat penyakit yang berkaitan dengan tabiat merokok. Selain itu, kos rawatan bagi obesiti dianggarkan berjumlah RM6.4 bilion setahun, manakala kos rawatan bagi kanser payudara atau kanser serviks pula dianggarkan berjumlah RM51.6 juta setahun. Maka, jelaslah bahawa dalam usaha menjana pembangunan yang pesat ke arah mencapai status negara maju menjelang tahun 2020, Malaysia seharusnya bersedia menganggarkan tanggungan kos kesihatan dan kos ekonomi yang amat tinggi akibat NCD. Rawatan NCD mungkin akan membebankan sistem penjagaan kesihatan Malaysia, malah cenderung mengalihkan sumber ekonomi yang terhad daripada perubatan pencegahan dan rawatan penyakit-penyakit berjangkit (seperti kolera, radang paru-paru, demam denggi, malaria dan HIV/AIDS). Secara optimistik, banyak beban NCD dapat dielakkan dan kerugian daripada segi ekonomi dapat dikurangkan jika langkah pencegahan yang sistematik dapat diambil pada peringkat permulaan dan perkembangannya. Hal ini kerana kebanyakan faktor risiko NCD merupakan tingkah laku yang dapat diubah dan dipengaruhi faktor penentu sosioekonomi, sekali gus menjadikan faktor-faktor tersebut sebagai punca dan kesan penyakit-penyakit ini. Oleh itu, kebanyakan NCD dapat dicegah atau permulaannya dapat ditangguhkan sekiranya penentu sosioekonomi yang dikaitkan dengan faktor-faktor risiko yang dapat diubah ini dikenal pasti dan ditangani sewajarnya.



Pembangunan Tanpa Sempadan Di Malaysia Persoalan Kelestarian Dan Transformasi Kawasan


Pembangunan Tanpa Sempadan Di Malaysia Persoalan Kelestarian Dan Transformasi Kawasan
DOWNLOAD
Author : Narimah Samat
language : ms
Publisher: Penerbit USM
Release Date : 2020-01-20

Pembangunan Tanpa Sempadan Di Malaysia Persoalan Kelestarian Dan Transformasi Kawasan written by Narimah Samat and has been published by Penerbit USM this book supported file pdf, txt, epub, kindle and other format this book has been release on 2020-01-20 with Technology & Engineering categories.


Kepesatan pertumbuhan penduduk bandar membawa pelbagai cabaran kepada jururancang dan pembuat dasar yang berusaha memastikan pembangunan bandar bersifat lestari. Pada dekad ini, pertambahan penduduk bandar amat ketara. Pada tahun 1950 misalnya, hanya 30% penduduk dunia tinggal di bandar dan peratusan ini meningkat kepada 55% pada tahun 2018. Peningkatan penduduk bandar yang drastik berlaku di negara-negara membangun. Contohnya, penduduk bandar negara-negara membangun telah bertambah daripada 1 bilion pada tahun 1950 kepada 3.4 bilion pada tahun 2009 dan pertambahan ini dijangka mencapai 6.4 bilion pada tahun 2050. Pertambahan penduduk yang pesat dalam jangka masa yang singkat menimbulkan pelbagai cabaran seperti pengagihan sumber yang terhad dan pembangunan ekonomi yang tidak menyamai peningkatan penduduk. Pertambahan penduduk bandar juga membawa kepada perkembangan ruang fizikal bandar yang merebak ke kawasan pinggir. Perkembangan ini seterusnya mengubah guna tanah pertanian dan vegetasi kepada tepu bina dan menyebabkan sempadan antara bandar dengan luar bandar menjadi kabur. Walaupun pembangunan membawa kesan ekonomi yang positif kepada penduduk setempat, proses dan impak pembangunan tersebut boleh membawa kepada masalah pencemaran alam sekitar dan sosial sekiranya pembangunan tersebut tidak dirancang dan dikawal selia dengan baik. Disebabkan pentingnya perancangan dan pengurusan bandar demi mewujudkan bandar dan komuniti lestari, isu ini telah dijadikan salah satu agenda dalam Matlamat Pembangunan Lestari Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (SDGs), iaitu Agenda 11. Agenda ini menuntut agar semua negara dunia berusaha menjadikan bandar dan petempatan penduduk bersifat inklusif, selamat, berdaya huni dan lestari. Usaha mencapai kelestarian dalam pembangunan bandar dan komuniti perlu dilaksanakan dengan mengambil kira situasi semasa dan melihat perkembangan masa hadapan. Namun begitu, usaha mengawal perkembangan dan rebakan bandar sering menghadapi cabaran kerana ketiadaan alat atau kaedah saintifik dalam memastikan perbandaran berlaku dalam sempadan bandar yang terkawal. Kewujudan Sistem Maklumat Geografi (GIS) sejak awal era 1970-an membolehkan data ruangan dan bukan ruangan diuruskan dan digunakan dalam pembentukan model ruangan dinamik untuk mensimulasi perubahan pembangunan bandar. Teknologi tersebut, dengan disokong oleh data yang lengkap, sesuai dijadikan alat dalam membantu kerajaan merancang pertumbuhan bandar sebelum perancangan berlaku dan memastikan kelestarian pembangunan yang diusahakan dapat dicapai. Syarahan ini mengupas isu dan kesan rebakan bandar tanpa sempadan dalam konteks kawasan setempat dan menghujahkan kesesuaian mengawal pembangunan tanpa sempadan dengan mewujudkan sebuah sempadan pembangunan bandar (urban growth boundary/urban containment boundary) yang menjadi pemisah antara kawasan pembangunan dengan kawasan bukan pembangunan, seperti yang disarankan dalam Dasar Perbandaran Negara Kedua (DPN 2). Persempadanan ini dapat direalisasikan melalui pembentukan model ruangan dinamik dengan mereka bentuk beberapa senario perbandaran masa hadapan dan kesesuaiannya dapat diambil kira sebelum sesuatu pelan pembangunan guna tanah bandar diguna pakai. Walaupun model ruangan dinamik sesuai untuk merancang pembangunan guna tanah bandar, penekanan harus diberikan kepada proses perbandaran yang bersifat multidimensi. Secara konsepnya, kedinamikan telehubungan bandar (urban teleconnection) yang wujud dalam ruang bandardesa tidak hanya melihat perbandaran sebagai proses perubahan demografi, malah perbandaran dianggap mengadunkan perubahan sistem pengangkutan, ekonomi dan cara hidup bandar-desa dengan pelbagai kemudahan yang sebelum ini hanya dinikmati oleh penduduk bandar. Oleh hal yang demikian, perkembangan bandar perlu dirancang dan dikawal selia dengan dasar dan pelan yang sistematik dan holistik bagi memastikan perkembangan ini tidak membawa impak negatif kepada penduduk setempat, bersifat inklusif dan menyediakan peluang ekonomi dan sosial yang bersesuaian.



Polisiloksana Dalam Elektronik


Polisiloksana Dalam Elektronik
DOWNLOAD
Author : ZULKIFLI AHMAD
language : ms
Publisher: Penerbit USM
Release Date :

Polisiloksana Dalam Elektronik written by ZULKIFLI AHMAD and has been published by Penerbit USM this book supported file pdf, txt, epub, kindle and other format this book has been release on with Technology & Engineering categories.


Polisiloksana ialah elastomer tak organik yang mempunyai sifat termal yang amat tinggi dan kebolehan diregang. Ia dikenali bermula abad ke-20 manakala bidang elektronik bermula sejak tahun 1980 sebagai bahan penghadang haba. Kini, penggunaan polisiloksana menjangkaui banyak bidang elektronik seperti bahan substrat dalam sel fotovoltik, panel skrin, pemandu gelombang dan antena. Menariknya bahan ini, ia boleh diubah suai berdasarkan keperluan penggunaannya dengan menghasilkan sifat optoelektronik seperti indeks biasan, penyerapan cahaya elektromagnet, kekonduksian haba dan elektrik, dan tenaga jarak jalur. Teks syarahan ini membincangkan penggunaan polisiloksana dalam beberapa peranti elektronik hasil kajian yang dijalankan oleh penulis hingga kini. Bermula dengan usaha sintesis bahan, penyalut LED telah dibangunkan bagi mendapatkan nilai indeks biasan dan lutsinar yang optimum. Seterusnya, polisiloksana digunakan bagi fabrikasi corak menggunakan kaedah litografi lembut. Dengan mengambil kira sifat lutsinar bahan ini pada julat sinaran ultraungu, ia seterusnya digunakan bagi fabrikasi pemandu gelombang. Fabrikasi ini mampu memindahkan riak gelombang elektromagnet dalam litar bersepadu. Bahan ini juga telah diolah bagi penggunaan antara muka termal dalam membantu pengaliran haba daripada cip secara berkesan. Kaedah yang digunakan adalah dengan membentuk suatu bahan komposit; partikulat logam yang dicampurkan diolah agar selari dan bersentuhan antara satu sama lain bagi membentuk pengaliran haba. Sifat istimewa polisiloksana iaitu kebolehan diregang digunakan bagi menghasilkan antena teregang; riak yang terhasil boleh dikesan pada bidang jalur lebar. Hal ini menghasilkan dakwat pengalir arus. Kajian bahan polisiloksana dalam peranti elektronik diharapkan terus dijalankan bagi menghasilkan produk yang lebih baik dan berkesan.



Meneroka Alam Kulat Kepelbagaian Kulat Patogen Tumbuhan Dan Kulat Penghasil Mikotoksin Penerbit Usm


Meneroka Alam Kulat Kepelbagaian Kulat Patogen Tumbuhan Dan Kulat Penghasil Mikotoksin Penerbit Usm
DOWNLOAD
Author : Latiffah Zakaria
language : ms
Publisher: Penerbit USM
Release Date : 2020-02-05

Meneroka Alam Kulat Kepelbagaian Kulat Patogen Tumbuhan Dan Kulat Penghasil Mikotoksin Penerbit Usm written by Latiffah Zakaria and has been published by Penerbit USM this book supported file pdf, txt, epub, kindle and other format this book has been release on 2020-02-05 with Science categories.


Bidang kajian mikologi telah berkembang dengan pesat pada masa kini. Antara tumpuan yang diberikan dalam bidang ini ialah kajian tentang kulat patogen tumbuhan dan kulat penghasil mikotoksin. Kulat patogen tumbuhan bukan hanya menjangkiti tanaman semasa di ladang tetapi juga selepas hasil dituai. Penyakit tumbuhan bukan hanya menyebabkan kemusnahan tanaman dan kerugian hasil, malah memberi kesan terhadap sumber semula jadi. Antara penyakit tumbuhan yang serius menjangkiti tanaman pertanian ialah penyakit layu, reput batang, reput akar dan reput buah yang disebabkan terutamanya oleh kulat Fusarium dan Ganoderma. Sementara itu, Colletotrichum sering kali dikaitkan dengan penyakit lepas tuaian. Kajian kepelbagaian kulat patogen tumbuhan amat penting untuk memformulasi strategi pengurusan penyakit bersepadu yang sesuai dan juga untuk menangani isu berkaitan dengan polisi kuarantin tumbuhan. Kulat penghasil mikotoksin seperti Aspergillus, Penicllium dan Fusarium merupakan genus kulat utama yang mencemari komoditi pertanian dan bahan makanan. Antara mikotoksin utama yang dihasilkan ialah okratoksin, aflatoksin, fumonisin dan patulin. Pencemaran kulat penghasil mikotoksin boleh berlaku semasa di ladang dan juga semasa simpanan. Seterusnya, kepelbagaian kulat patogen tumbuhan dan kulat penghasil mikotoksin juga amat berkait dengan isu keselamatan makanan dan perubahan cuaca. Keduadua isu ini sedang hangat diperkatakan pada ketika ini. Justeru, lebih banyak kajian perlu dijalankan untuk mengelak berlakunya epidemik penyakit tumbuhan dan pendedahan kepada mikotoksin yang memberi kesan secara langsung terhadap kesejahteraan manusia.



Produk Hiliran Oleokimia Inovasi Kejuruteraan Tindak Balas Dalam Mengharungi Kesuraman Industri Sawit Penerbit Usm


Produk Hiliran Oleokimia Inovasi Kejuruteraan Tindak Balas Dalam Mengharungi Kesuraman Industri Sawit Penerbit Usm
DOWNLOAD
Author : Ahmad Zuhairi Abdullah
language : ms
Publisher: Penerbit USM
Release Date : 2020-02-05

Produk Hiliran Oleokimia Inovasi Kejuruteraan Tindak Balas Dalam Mengharungi Kesuraman Industri Sawit Penerbit Usm written by Ahmad Zuhairi Abdullah and has been published by Penerbit USM this book supported file pdf, txt, epub, kindle and other format this book has been release on 2020-02-05 with Technology & Engineering categories.


Kelapa sawit merupakan anugerah yang amat berharga kepada Malaysia dan industri itu kini menjana pendapatan bagi kira-kira 3 juta penduduk. Hasil utama industri ini ialah minyak kelapa sawit dan minyak isirung serta pelbagai jenis biojisim yang dapat dimanfaatkan. Minyak kelapa sawit paling berpotensi untuk memenuhi keperluan minyak dan lemak dunia berdasarkan hasil pengeluaran tahunannya yang tinggi dan ditambah dengan kandungan oleokimianya yang sesuai untuk pelbagai aplikasi industri. Kejayaan industri ini sangat bergantung kepada faktor luaran khususnya polisi antarabangsa yang sering bersifat mendiskriminasi dan mempengaruhi pasarannya. Setelah menjalani suatu zaman yang memeritkan pada tahun 1980-an kerana kempen di Amerika Syarikat, minyak kelapa sawit kini mengulangi zaman suram terutamanya kerana perundangan di negaranegara Kesatuan Eropah yang mewajibkan pengurangan kandungan minyak kelapa sawit dalam program bahan api bio mereka menjelang tahun 2021. Pengurangan permintaan menyebabkan stok minyak kelapa sawit meningkat dan harga jualannya menurun secara drastik. Kandungan minyak kelapa sawit yang utama ialah trigliserida yang dibentuk daripada pelbagai kombinasi asid-asid lemak dan gliserol. Selain itu, ia juga mengandungi sebatian-sebatian karotenoid, hidrokarbon, fosfolipid, tokoferol dan sebagainya. Dalam usaha untuk meningkatkan permintaan dunia terhadap minyak ini, penukaran minyak kelapa sawit atau komponen-komponen oleokimianya kepada produk hiliran tertambah nilai sangat penting bagi memastikan kelestarian industri minyak kelapa sawit negara. Kejayaan dalam penukaran ini sangat bergantung kepada pembangunan proses bermangkin yang berkesan, selamat, bersih serta menjimatkan kos. Proses penukaran minyak kelapa sawit kepada biodiesel yang inovatif berjaya dicipta menggunakan mangkin heterogen yang aktif serta dibantu oleh tenaga ultrabunyi bagi mempercepat tindak balas. Tahap penukaran minyak kelapa sawit dan hasil biodiesel yang tinggi (peningkatan sekitar 20%–30%) mampu dicapai dalam masa tindak balas yang singkat (kurang daripada 1 jam) dan ini dapat mengurangkan kos pengeluaran biodiesel yang memenuhi spesifikasi piawai biodiesel antarabangsa seperti EN 14214 dan ASTM D6751. Terdapat banyak produk hiliran yang boleh dihasilkan daripada asid lemak. Molekul-molekul asid lemak boleh dinyahoksigenkan menggunakan mangkin logam yang sesuai kepada hidrokarbon linear yang sesuai digunakan sebagai bahan api. Tambah nilai komponen-komponen oleokimia minyak kelapa sawit juga mampu dicapai menerusi penukaran gliserol kepada sebatiansebatian bernilai tinggi seperti monogliserida, poligliserol, gliserol karbonat, asid laktik dan asid akrilik yang mempunyai permintaan yang tinggi di industri. Walau bagaimanapun, penukaran ini selalunya melibatkan proses bermangkin yang mempunyai cabaran yang tersendiri. Proses ini perlu memenuhi ciri-ciri teknologi hijau untuk menjamin penerimaan produk oleh pasaran antarabangsa. Cabaran ini perlu disambut oleh para penyelidik dalam bidang tindak balas oleokimia dalam usaha untuk mempelbagaikan produk hiliran oleokimia supaya kelestarian industri kelapa sawit negara dapat ditingkatkan.



Bahan Aloi Dan Komposit Matriks Logam Ke Arah Industri Pembuatan Logam Yang Lestari


Bahan Aloi Dan Komposit Matriks Logam Ke Arah Industri Pembuatan Logam Yang Lestari
DOWNLOAD
Author : ZUHAILAWATI HUSSAIN
language : ms
Publisher: Penerbit USM
Release Date : 2021-01-01

Bahan Aloi Dan Komposit Matriks Logam Ke Arah Industri Pembuatan Logam Yang Lestari written by ZUHAILAWATI HUSSAIN and has been published by Penerbit USM this book supported file pdf, txt, epub, kindle and other format this book has been release on 2021-01-01 with Technology & Engineering categories.


Sejak berabad lamanya produk berasaskan logam tidak dapat dipisahkan daripada kegiatan dan kehidupan harian manusia. Demi kelangsungan, manusia menjadi semakin inovatif dalam mencari dan membangunkan bahan baharu supaya kehidupan mereka lebih lestari. Akan tetapi ramai pengguna tidak menyedari kewujudan kepelbagaian sistem bahan logam termasuklah bahan aloi dan komposit matriks logam untuk penggunaan yang memerlukan bahan berprestasi tinggi. Tambahan pula kesedaran terhadap pembangunan mampan dalam kalangan masyarakat dan industri memberi aspirasi kepada penemuan sistem bahan aloi dan komposit matriks logam yang lestari dan selamat. Teks syarahan ini mengupas pembangunan bahan aloi dan komposit matriks logam yang baharu, asli dan lestari menggunakan kaedah pembuatan mesra alam untuk pelbagai penggunaan yang memberi manfaat kepada manusia atas cirinya yang unik dan berprestasi tinggi. Antaranya, komposit kuprum diperkuat tungsten karbida yang dihasilkan daripada sisa industri; pengalir elektrik berkekuatan tinggi yang terbina menerusi kaedah kilasan tekanan tinggi; sistem tungsten karbida-keluli nirkarat dengan kekerasan dan keliatan tinggi difabrikasi secara penekanan panas isostatik pseudo; dan implan perubatan berasaskan aloi titanium dan komposit magnesium yang bioserasi dan biodegradasi. Penghasilan produk akhir menerusi kaedah metalurgi serbuk turut mengurangkan sisa bahan bagi menjadikan industri pembuatan logam lebih lestari dari aspek ekonomi dan alam sekitar. Kesesuaian proses serbuk metalurgi untuk diautomasi menerusi mesin tersambung internet pastinya akan menjadikan sektor pembuatan industri logam negara lebih bersedia menerima Revolusi Industri 4.0. Pemilihan, formulasi, mikrostruktur dan fabrikasi aloi dan komposit mengambil pendekatan untuk mencipta potensi masa kini dan masa depan tanpa menjejaskan keupayaan dan keperluan generasi akan datang.



Lutut Osteoartritis Dan Artroplasti


Lutut Osteoartritis Dan Artroplasti
DOWNLOAD
Author : AMRAN AHMED SHOKRI
language : ms
Publisher: Penerbit USM
Release Date :

Lutut Osteoartritis Dan Artroplasti written by AMRAN AHMED SHOKRI and has been published by Penerbit USM this book supported file pdf, txt, epub, kindle and other format this book has been release on with Medical categories.


Sendi lutut adalah antara sendi engsel terubah suai jenis sinovial yang terbesar dan terpenting. Ia merupakan sendi yang terbentuk di antara tulang paha, betis dan tulang kepala lutut (patela). Pergerakannya amat penting untuk aktiviti harian. Namun, kegagalannya boleh mengakibatkan osteoartritis lutut. Osteoartritis lutut banyak didiagnos dalam kalangan pesakit berumur, yang bercirikan kesakitan semasa bergerak dan lutut menjadi bengkok.



Rawatan Prostodontik Menggantikan Kehilangan Gigi Manusia Harapan Dan Cabaran


Rawatan Prostodontik Menggantikan Kehilangan Gigi Manusia Harapan Dan Cabaran
DOWNLOAD
Author : ADAM HUSEIN
language : ms
Publisher: Penerbit USM
Release Date :

Rawatan Prostodontik Menggantikan Kehilangan Gigi Manusia Harapan Dan Cabaran written by ADAM HUSEIN and has been published by Penerbit USM this book supported file pdf, txt, epub, kindle and other format this book has been release on with Medical categories.


Gigi merupakan anugerah Tuhan kepada semua makhluk yang memerlukannya termasuklah haiwan dan manusia. Manusia mempunyai dua set gigi asli, iaitu gigi susu dan gigi kekal dengan masing-masing berjumlah 20 dan 32. Gigi susu mula tumbuh apabila kita berusia sekitar enam bulan dan berakhir pada usia sekitar dua tahun. Gigi kekal pula akan mula tumbuh pada usia kita sekitar enam tahun dan berakhir sekitar usia kita 18 hingga 20 tahun. Fungsi utama gigi ialah mengunyah makanan, membantu penghadaman, pertuturan, kecantikan dan penampilan. Hasil penyelidikan mendapati bahawa ketiadaan gigi akan memberi kesan negatif kepada manusia dan boleh menjejaskan kualiti hidup. Namun begitu, ramai orang yang akan dan telah pun mengalami fenomena ketiadaan gigi atau gigi hilang. Antara faktor yang menyumbang kepada ketiadaan gigi atau gigi hilang ialah keturunan atau genetik, cabutan, karies, penyakit gusi, kemalangan, kecederaan, ketumbuhan, kanser oral, sindrom dan budaya setempat. Ketiadaan gigi akan menyebabkan fungsi-fungsi utama serta kualiti hidup terjejas walaupun ada juga mereka yang tidak mempunyai masalah dengan isu tersebut. Bagi menggantikan gigi yang hilang, pelbagai kaedah boleh dilakukan bergantung kepada jumlah kehilangan seperti dentur (gigi palsu), jambatan dan implan (gigi tanam). Namun begitu, kesemua rawatan yang ada pada hari ini adalah bersifat sintetik. Oleh yang demikian, ia tidak sama dengan yang asli. Disebabkan perkara tersebut, penyelidik di seluruh dunia termasuk di Pusat Pengajian Sains Pergigian, Universiti Sains Malaysia telah terlibat dengan penyelidikan sel stem. Antara matlamat jangka panjang ialah menumbuhkan semula gigi untuk menggantikan gigi yang hilang. Pada masa yang sama, sel stem juga berpotensi untuk pelbagai rawatan yang berkaitan. Hingga hari ini, projek ini telah memberikan hasil yang memberangsangkan apabila sel-sel yang berkaitan dengan gigi seperti odontoblas dan simentoblas telah berjaya dihasilkan daripada sel stem gigi susu dan gigi kekal. Namun, perjalanan masih jauh untuk menumbuhkan semula gigi dengan cabaran-cabaran yang bakal dihadapi, iaitu bagaimana untuk memulakan, mengawal dan menghentikannya. Oleh yang demikian, penyelidikan dalam bidang ini akan diteruskan dengan matlamat utama untuk menumbuhkan gigi-gigi baharu bagi menggantikan gigi yang hilang.