Pemuliharaan Dan Pemeliharaan Warisan Di Malaysia Penerbit Usm


Pemuliharaan Dan Pemeliharaan Warisan Di Malaysia Penerbit Usm
DOWNLOAD

Download Pemuliharaan Dan Pemeliharaan Warisan Di Malaysia Penerbit Usm PDF/ePub or read online books in Mobi eBooks. Click Download or Read Online button to get Pemuliharaan Dan Pemeliharaan Warisan Di Malaysia Penerbit Usm book now. This website allows unlimited access to, at the time of writing, more than 1.5 million titles, including hundreds of thousands of titles in various foreign languages. If the content not found or just blank you must refresh this page





Pemuliharaan Dan Pemeliharaan Warisan Di Malaysia


Pemuliharaan Dan Pemeliharaan Warisan Di Malaysia
DOWNLOAD

Author :
language : ms
Publisher:
Release Date : 2011

Pemuliharaan Dan Pemeliharaan Warisan Di Malaysia written by and has been published by this book supported file pdf, txt, epub, kindle and other format this book has been release on 2011 with Cultural property categories.


Preservation and restoration of historic buildings and places in Malaysia; collection of articles.



Pemuliharaan Dan Pemeliharaan Warisan Di Malaysia Penerbit Usm


Pemuliharaan Dan Pemeliharaan Warisan Di Malaysia Penerbit Usm
DOWNLOAD

Author : Abdul Aziz Hussin
language : en
Publisher: Penerbit USM
Release Date : 2014-11-25

Pemuliharaan Dan Pemeliharaan Warisan Di Malaysia Penerbit Usm written by Abdul Aziz Hussin and has been published by Penerbit USM this book supported file pdf, txt, epub, kindle and other format this book has been release on 2014-11-25 with Architecture categories.


Tidak dapat dinafikan bahawa mana-mana bangsa atau negara sekalipun di dunia ini mempunyai sejarahnya yang tersendiri. Sejarah ini pula sebahagiannya ditinggalkan untuk generasi akan datang dalam bentuk warisan. Boleh dikatakan bahawa semua bangsa dan negara di dunia mempunyai warisan tersendiri; dan warisan inilah yang menjadi salah satu bukti kukuh tentang sesuatu bangsa atau negara berkenaan.Penyataan ini menjadi salah satu alasan kepada perlunya warisan berkenaan dijaga, iaitu salah satu aspek penjagaannya ialah melalui pemuliharaan dan pemeliharaan. Selain itu, warisan itu dapat dimanfaatkan oleh generasi akan datang dengan menjadi salah satu produk pelancongan dan subjek kajian ilmu.Oleh sebab aspek pemuliharaan dan pemeliharaan warisan menjadi salah satu aspek penting penjagaan warisan, maka bidang ini perlulah diberikan tumpuan yang khusus. Ia bukan sahaja menjadi tumpuan yang khusus dan menjadi salah satu bidang tugas utama agensi atau pihak tertentu, tetapi juga perlulah difahami dan dipatuhi oleh semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung, termasuk pemaju hartanah, kontraktor, badan bukan kerajaan, tuan tanah, ahli-ahli profesional yang berkaitan dan juga orang ramai secara umumnya. Hal ini kerana jika sesuatu warisan tertentu hilang atau musnah, ia tidak lagi dapat diganti untuk selama-lamanya. Salah satu instrumen yang dikira berkesan dalam mencapai hasrat menjaga warisan dalam aspek pemuliharaan dan pemeliharaan adalah melalui peruntukan undangundang bertulis. Nasib tinggalan warisan di Malaysia lebih baik kerana kerajaan telah mewujudkan undang-undang khas tentang hal tersebut, iaitu Akta Warisan Kebangsaan 2005, di samping kewujudan beberapa akta lain yang turut membantu menjayakan hasrat penjagaan (termasuk pemuliharaan dan pemeliharaan) warisan. Buku ini membincangkan perkara-perkara di atas dengan mengemukakan empat kajian kes di empat lokasi (dalam tiga negeri) yang merangkumi aspek pengurusan, undangundang, konflik, usaha-usaha yang dijalankan dan aspek-aspek lain seumpamanya yang berkaitan dengan pemuliharaan dan pemeliharaan warisan. Diharapkan buku ini dapat dimanfaatkan oleh pihak-pihak yang berkaitan, khususnya pelajar di institusi pengajian tinggi yang mengambil kursus yang berkaitan dengan pemuliharaan dan pemeliharaan warisan sejarah.



Pemuliharaan Bangunan Warisan Di Malaysia Pengalaman Dan Cabaran Masa Hadapan Penerbit Usm


Pemuliharaan Bangunan Warisan Di Malaysia Pengalaman Dan Cabaran Masa Hadapan Penerbit Usm
DOWNLOAD

Author : A Ghafar Ahmad
language : ms
Publisher: Penerbit USM
Release Date : 2016-03-17

Pemuliharaan Bangunan Warisan Di Malaysia Pengalaman Dan Cabaran Masa Hadapan Penerbit Usm written by A Ghafar Ahmad and has been published by Penerbit USM this book supported file pdf, txt, epub, kindle and other format this book has been release on 2016-03-17 with Architecture categories.


Pemuliharaan bangunan warisan merupakan fenomena baru dalam senario seni bina di Malaysia. Walaupun kerja-kerja pemuliharaan bangunan warisan banyak dilakukan pada beberapa buah bangunan kolonial, rumah tradisional Melayu, masjid, rumah kedai dan bangunan awam, terdapat segelintir masyarakat yang masih kurang peka terhadap kepentingan bidang ini. Malah ada yang menganggap pemuliharaan bangunan warisan sukar dipraktikkan selain tidak mendatangkan pulangan ekonomi yang menguntungkan. Terdapat juga kerja-kerja pemuliharaan bangunan warisan yang tidak mengikut prinsip dan tatacara kerja pemuliharaan yang betul. Pemuliharaan warisan kebudayaan di Malaysia mula melonjak setelah bandaraya Melaka dan George Town diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO pada 7 Julai 2008. Usaha pelbagai agensi kerajaan bekerjasama membantu menyediakan dosir pencalonan selama dua tahun termasuk Jabatan Warisan Negara, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah, Majlis Perbandaran Pulau Pinang, Perbadanan Muzium Melaka, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa serta institusi pengajian tinggi awam telah membuahkan hasil yang mengharumkan negara sehingga mencetus impak yang besar terhadap pemuliharaan warisan kebudayaan. Pengiktirafan antarabangsa ini turut membantu, membangun dan mengembangkan lagi bidang pemuliharaan bangunan warisan di bandaraya Melaka dan George Town khususnya dan Malaysia amnya selain menjana sektor pelancongan warisan, memajukan aktiviti kesenian dan kebudayaan masyarakat, meningkatkan usaha pengekalan tapak dan pemuliharaan bangunan warisan. Hal ini akan meningkatkan lagi kesedaran masyarakat dan pelbagai pihak yang berkaitan terhadap kepentingan pemuliharaan bangunan warisan.



Pemeliharaan Dan Pemuliharaan Alam Sekitar Di Malaysia Penerbit Usm


Pemeliharaan Dan Pemuliharaan Alam Sekitar Di Malaysia Penerbit Usm
DOWNLOAD

Author : Haliza Abdul Rahman
language : en
Publisher: Penerbit USM
Release Date : 2014-11-25

Pemeliharaan Dan Pemuliharaan Alam Sekitar Di Malaysia Penerbit Usm written by Haliza Abdul Rahman and has been published by Penerbit USM this book supported file pdf, txt, epub, kindle and other format this book has been release on 2014-11-25 with Nature categories.


Pemeliharaan dan Pemuliharaan Alam Sekitar di Malaysia memuatkan 12 bab yang diusahakan oleh penulis dari latar ilmu yang pelbagai sebagai reaksi mereka terhadap kepentingan memelihara dan memulihara alam sekitar di Malaysia. Buku ini ditulis untuk memberi pengetahuan, maklumat dan kesedaran tentang isu-isu berkaitan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar di Malaysia agar alam sekitar terus terpelihara. Hal ini kerana persoalan alam sekitar semakin penting dan menyerlah dalam kehidupan seharian masyarakat dan menjadi agenda utama dalam pembangunan negara. Alam sekitar sangat penting dipelihara dan dipulihara kerana ia bukan sahaja memberikan perkhidmatan kepada manusia tetapi juga merupakan sistem bantuan kehidupan yang tidak ternilai. Semoga buku ini dapat mengisi ruang yang belum diliputi oleh buku lain di samping menampung kekurangan tersebut dalam usaha memupuk sikap prihatin dan sifat kecintaan yang mendalam terhadap alam sekitar.



Utara Semenanjung Malaysia Esei Esei Warisan Penerbit Usm


Utara Semenanjung Malaysia Esei Esei Warisan Penerbit Usm
DOWNLOAD

Author : Abu Talib Ahmad
language : ms
Publisher: Penerbit USM
Release Date :

Utara Semenanjung Malaysia Esei Esei Warisan Penerbit Usm written by Abu Talib Ahmad and has been published by Penerbit USM this book supported file pdf, txt, epub, kindle and other format this book has been release on with History categories.


Memang sudah terdapat buku-buku yang memberi perhatian kepada kawasan utara Semenanjung Malaysia sama ada dalam bidang sejarah, geografi mahupun kesusasteraan. Namun, buku ini merupakan usaha pertama yang menggabungkan pelbagai disiplin seperti kesusasteraan, geografi, sejarah, pengajian Islam, bahasa, terjemahan dan antropologi sosial untuk mengkaji warisan budaya yang terdapat di kawasan utara Semenanjung Malaysia. Gabungan ini dapat dilihat secara keseluruhan mahupun dalam beberapa bab yang disediakan. Buku ini pastinya amat berguna untuk pelajar universiti, pembaca umum dan para pengkaji yang berminat dengan kepelbagaian warisan budaya di kawasan utara Semenanjung Malaysia.



Jerai Geopark Warisan Geologi Geoarkeologi Dan Biologi Penerbit Usm


Jerai Geopark Warisan Geologi Geoarkeologi Dan Biologi Penerbit Usm
DOWNLOAD

Author : Mokhtar Saidin
language : ms
Publisher: Penerbit USM
Release Date : 2019-08-09

Jerai Geopark Warisan Geologi Geoarkeologi Dan Biologi Penerbit Usm written by Mokhtar Saidin and has been published by Penerbit USM this book supported file pdf, txt, epub, kindle and other format this book has been release on 2019-08-09 with Science categories.


Gunung Jerai dan kawasan sekitarnya yang berkeluasan 816 km persegi telah diisytihar sebagai Geopark Kebangsaan pada Julai 2017 dengan nama Jerai Geopark. Maka, buku ini mengetengahkan keunikan dan keistimewaan warisan yang terdapat di Jerai Geopark yang mewakili warisan geologi, geoarkeologi, biologi dan budaya. Warisan geologi di Jerai Geopark mendedahkan bukti geologi tertua negara (Formasi Jerai) sama seperti yang terdapat di Langkawi Geopark (Formasi Machinchang) yang berusia sekitar 550 juta tahun dahulu. Bukti batuan Formasi Jerai ini bersama batuan Formasi Mahang (berusia sekitar 400 juta tahun dahulu), yang kemudiannya diterobos oleh granit Jerai pada 220 juta tahun dahulu, bersama landskapnya juga dapat dilihat melalui 24 geotapak dan 7 geotrail yang disenaraikan. Warisan geoarkeologi Jerai Geopark pula mendedahkan tamadun Kedah Tua yang bermula sejak 582 Sebelum Masihi. Buku ini menceritakan hubung kait penting antara masyarakat tamadun awal dengan landskap geologi Jerai. Warisan biologinya pula diwakili oleh Hutan Bakau Merbok dan Hutan Tropika Gunung Jerai. Kehidupan manusia sejak kurun ke-6 Sebelum Masihi telah meninggalkan pelbagai seni dan budaya tradisi yang unik di Jerai Geopark. Oleh itu, judul ini ditulis berdasarkan sumber bertulis dan laporan kerja lapangan dan merupakan hasil kajian ilmiah pertama tentang Jerai Geopark. Kekuatan isi dalam buku ini terletak pada kesahihan sumber yang digunakan serta dilengkapi rajah dan jadual bagi memudahkan pembaca memahami tentang perkara yang dibincangkan. Penerbitan buku ini akan memberikan sumbangan yang besar dalam bidang geopark dan pelancongan.



Warisan Kearifan Tempatan Pemeliharaan Melalui Teknologi Penerbit Usm


Warisan Kearifan Tempatan Pemeliharaan Melalui Teknologi Penerbit Usm
DOWNLOAD

Author : Norfarizah Mohd Bakhir
language : ms
Publisher: Penerbit USM
Release Date :

Warisan Kearifan Tempatan Pemeliharaan Melalui Teknologi Penerbit Usm written by Norfarizah Mohd Bakhir and has been published by Penerbit USM this book supported file pdf, txt, epub, kindle and other format this book has been release on with categories.


Ilmu kearifan tempatan merangkumi kebijaksanaan, pengetahuan, kepercayaan, nilai, amalan, ajaran dan budaya masyarakat Melayu pada masa lalu. Kebanyakan kes ilmu kearifan tempatan adalah unik di sesuatu tempat sahaja. Kebiasaannya, ia dipindahkan secara lisan daripada satu generasi kepada satu generasi seterusnya dan warisan budaya tempatan ini juga banyak yang telah hilang seiring dengan peredaran masa. Namun, masih tidak terlalu lewat untuk dilaksanakan usaha pemeliharaannya. Ilmu kearifan tempatan perlu dikekalkan dengan meneroka penggunaan teknologi pada masa kini. Usaha ini penting untuk memastikan kelestarian sumber budaya ketara dan tidak ketara pada masa hadapan. Buku Warisan Kearifan Tempatan: Pemeliharaan Melalui Teknologi meneroka perihal ilmu kearifan tempatan yang menumpukan kepada penggunaan teknologi sebagai medium untuk memulihara seni dan warisan. Selain itu, buku ini juga menumpukan tentang kepentingan dan keberkesanan penggunaan teknologi dan perkaitannya dengan generasi muda sekarang dalam memelihara ilmu kearifan tempatan ini.



Sejarah Dan Perkembangan Arkeologi Di Malaysia Isu Cabaran Dan Masa Depan Penerbit Usm


Sejarah Dan Perkembangan Arkeologi Di Malaysia Isu Cabaran Dan Masa Depan Penerbit Usm
DOWNLOAD

Author : Stephen Chia Ming Soon
language : ms
Publisher: Penerbit USM
Release Date : 2020-03-29

Sejarah Dan Perkembangan Arkeologi Di Malaysia Isu Cabaran Dan Masa Depan Penerbit Usm written by Stephen Chia Ming Soon and has been published by Penerbit USM this book supported file pdf, txt, epub, kindle and other format this book has been release on 2020-03-29 with Social Science categories.


Syarahan umum ini mengupas dan membincangkan sejarah dan perkembangan arkeologi di Malaysia yang bermula dari Zaman Kolonial British sekitar abad ke-19 Masihi sehingga kini. Sejarah dan perkembangan arkeologi negara yang panjang ini akan dibincangkan dalam empat fasa utama, iaitu (i) Zaman Kolonial – Antikuiti (1840–1900), (ii) Era Penubuhan Muzium (1900–1940), (iii) Era Selepas Perang Dunia II – Pembentukan Malaysia (1945–1970) dan (iv) Arkeologi Tempatan dan Era Moden (1970–2017). Perbincangan bertumpu pada tiga kawasan utama di Malaysia, iaitu Malaya, Sarawak dan Sabah. Kajian awal arkeologi adalah bersifat deskriptif dan eksplorasi untuk mencari artifak serta bahan antikuiti. Setelah Malaya mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, diikuti oleh pembentukan Malaysia dengan Sabah dan Sarawak pada tahun 1963, kerja-kerja arkeologi mulai berkembang menjadi program penyelidikan yang lebih sistematik oleh ahli arkeologi profesional. Lewat tahun 1970-an dan 1980-an merupakan titik perubahan dalam sejarah arkeologi negara apabila penyelidik tempatan mula menceburkan diri dalam bidang arkeologi. Sejak itu, arkeologi mula menjadi sebuah disiplin yang profesional dan saintifik. Pendek kata, sejarah dan kajian arkeologi di Malaysia selama lebih satu setengah dekad yang lalu telah menyaksikan perubahan secara beransur-ansur daripada pendekatan yang bersifat deskriptif-spekulasi kepada kajian yang saintifik dan bermultidisiplin. Perkembangan ini telah menjana banyak data dan pengetahuan baharu tentang prasejarah Malaysia. Namun, tempoh ini turut menyaksikan peningkatan isu dan cabaran dalam perlindungan dan pemuliharaan warisan arkeologi negara. Antara isu dan cabaran yang dihadapi oleh arkeologi negara sehingga kini adalah keperluan untuk melindungi, mengawal dan menguruskan tapak-tapak arkeologi dengan lebih baik disebabkan oleh kepesatan pembangunan ekonomi, terutamanya semasa 30 tahun yang lalu. Cabaran dan ancaman kerosakan warisan arkeologi daripada pembangunan ekonomi termasuklah aktiviti pembinaan lebuh raya, jalan raya dan empangan, pembangunan bandar, perlombongan, pembalakan, pertanian dan pencarian harta karun. Selain itu, terdapat juga isu-isu konservasi dan cabaran yang dihadapi oleh universiti, jabatan-jabatan muzium dan warisan seperti kekurangan kepakaran dan sumber manusia, kewangan, kemudahan, ruang dan peralatan. Pelbagai masalah baharu juga muncul disebabkan oleh peningkatan pelancongan warisan arkeologi selain isu-isu lama berkaitan kelemahan kajian dan pembentukan serta pelaksanaan perundangan untuk menjaga warisan arkeologi negara. Adalah diharapkan bahawa penyelidik arkeologi pada masa hadapan akan terus mencari data baharu dan membongkar lebih banyak misteri tentang prasejarah dan sejarah awal Malaysia. Pihak berwajib yang berkaitan seperti universiti, jabatan muzium negeri dan persekutuan serta jabatan warisan negara perlu memainkan peranan masing-masing serta meningkatkan lagi usaha untuk menyelidik, memantau, mengawal, mengurus dan membangunkan tapak dan warisan arkeologi negara. Sudah tiba masanya penyelidikan dan pembangunan warisan arkeologi di Malaysia mengambil kira penglibatan masyarakat etnik tempatan serta adat, nilai dan hak warisan mereka. Akhir kata, kekayaan arkeologi dan warisan budaya Malaysia perlu dipelihara dan dijaga, bukan sahaja untuk kepentingan penyelidikan, pelancongan dan faedah ekonomi mampan tetapi juga untuk manfaat dan pengetahuan pewaris dan generasi akan datang.



Warisan Wilayah Utara Semenanjung Malaysia Penerbit Usm


Warisan Wilayah Utara Semenanjung Malaysia Penerbit Usm
DOWNLOAD

Author : Ooi Keat Gin
language : ms
Publisher: Penerbit USM
Release Date : 2015-08-11

Warisan Wilayah Utara Semenanjung Malaysia Penerbit Usm written by Ooi Keat Gin and has been published by Penerbit USM this book supported file pdf, txt, epub, kindle and other format this book has been release on 2015-08-11 with History categories.


Warisan Wilayah Utara Semenanjung Malaysia menonjolkan keistimewaan dan keunggulan rantau utara Semenanjung Malaysia yang memperlihatkan rupa diri yang tersendiri baik dari aspek sejarah, ekonomi mahupun sosio-budaya dan masyarakat. Proses pembentukan rupa diri bangsa budaya dan bangsa politik masyarakat dan kerajaan merupakan penentu jati diri rantau ini sejak zaman awal. Sejak kurun ke-5 Masihi, Kedah Tua telah melalui proses transformasi politik dan sosioekonomi selari dengan perkembangan dan kepentingan serantau namun dalam masa yang sama, masih menonjolkan semangat untuk mengembangkan dan mempertahankan rupa diri dari pelbagai aspek, yakni melalui hubungan manusia dan alam, kenegaraan, politik, adat, perundangan, cara hidup dan ekonomi. Bahasa Tanjong dan boria merupakan contoh ciri unggul warisan sosiobudaya Pulau Pinang selain masyarakat berbilang kaum dan berbagai budayanya. George Town khususnya dan Pulau Pinang secara amnya memperoleh sifat dan imej unik tersendiri yang menjadikannya berbeza daripada daerah kejiranannya yang lain di rantau utara Semenanjung Malaysia. Transformasi pondok sebagai institusi pendidikan agama islam diteliti daripada elemen tradisi sehinggalah aspek modenisasi. Pembangunan dan transformasi ekonomi dalam sektor industri barangan elektrik dan elektronik pula telah mengintegrasikan Pulau Pinang dengan rangkaian pengeluaran global lalu meletakkan Pulau Pinang dalam peta aktiviti pembuatan dunia. Kegiatan penanaman dan pengeluaran padi dalam ekonomi Kedah yang telah bermula sejak zaman pra-Islam masih menonjol sehingga kini sebagai rupa diri Kedah dan juga di keseluruhan rantau Wilayah Utara Semenanjung Malaysia. Wilayah Utara Semenanjung Malaysia amat sesuai sebagai bahan ilmiah bukan sahaja untuk kalangan cendekiawan tetapi juga para pelajar di institusi pengajian tinggi dan khalayak umum yang meminati isu sejarah, warisan sosiobudaya, ekonomi dan masyarakat Malaysia.



Masyarakat Nusantara Dalam Budaya Warisan Dan Sejarah Penerbit Usm


Masyarakat Nusantara Dalam Budaya Warisan Dan Sejarah Penerbit Usm
DOWNLOAD

Author : Nazaruddin Zainun
language : ms
Publisher: Penerbit USM
Release Date :

Masyarakat Nusantara Dalam Budaya Warisan Dan Sejarah Penerbit Usm written by Nazaruddin Zainun and has been published by Penerbit USM this book supported file pdf, txt, epub, kindle and other format this book has been release on with categories.


Buku yang mengandungi tujuh buah makalah ini telah mendefinisikan ilmu kearifan tempatan dalam pelbagai perspektif ilmu. Kesemua perkara yang terkandung di dalamnya menyentuh aspek berkaitan masyarakat tempatan dan lingkungannya. Kekayaan budaya lokal ini tercermin melalui kajian dan penulisan makalah yang menghubungkan kearifan tempatan dengan pelbagai dimensi seperti budaya Melayu dan keturunan Jawa, seni kraf, adat perkahwinan, sosioekonomi, sosiobudaya, arkeologi, seni reka dan makanan tradisi. Selain itu, buku ini akan mengangkat kearifan tempatan sebagai potensi pelancongan dengan mengenal pasti kawasan-kawasan yang terlibat. Dalam penjelasan yang berbeza, ia turut dibahaskan dalam aspek tertentu dalam Islam untuk menjelaskan nilai tambah definisi kearifan tempatan itu sendiri. Tentunya, ia memberi satu pengertian bahawa kearifan tempatan itu luas sifatnya dan sumbangannya tidak terhad kepada pentafsiran dan pemahaman satu cabang disiplin ilmu sahaja. Keterbukaan inilah yang mampu membangunkan semula takrif kearifan tempatan dan menangkis paradigma-paradigma yang menyimpang daripada nilai-nilai kearifan tempatan.