[PDF] Projek Seram Istana - eBooks Review

Projek Seram Istana


Projek Seram Istana
DOWNLOAD

Download Projek Seram Istana PDF/ePub or read online books in Mobi eBooks. Click Download or Read Online button to get Projek Seram Istana book now. This website allows unlimited access to, at the time of writing, more than 1.5 million titles, including hundreds of thousands of titles in various foreign languages. If the content not found or just blank you must refresh this page





Projek Seram Istana


Projek Seram Istana
DOWNLOAD

Author : Maria Kajiwa, Syasya Bellyna, Helmi Effendy, Naim Tamdjis
language : ar
Publisher: Buku Prima
Release Date :

Projek Seram Istana written by Maria Kajiwa, Syasya Bellyna, Helmi Effendy, Naim Tamdjis and has been published by Buku Prima this book supported file pdf, txt, epub, kindle and other format this book has been release on with categories.


Pabila mentari pucat-pasi, terbukalah kunci! / GUNDIK UYANG, MARIA KAJIWA Fenomena jerebu yang melanda negara merisaukan hati Tok Isa. Sumpahan Gundik Uyang terlerai. Keturunan Sultan Sulaiman dan Pawang Taib menjadi buruan. Dia berusaha menentang sebelum lebih ramai yang menjadi mangsa. Namun segala apa yang dicuba ternyata sia-sia; sehinggalah dia kembali ke Hutan Tangga Tujuh menjejak Istana Pelambangan. Apakah rahsia istana itu? Siapakah sebenarnya Gundik Uyang? Jika aku merupakan sebuah kesilapan, kau juga tidak boleh wujud / WUJUD, SYASYA BELLYNA Catatan sejarah ketika permulaan zaman Sultan Pertama pada tahun 1913 terpadam satu per satu dari rekod negara sehingga mengubah peristiwa tulen menyebabkan Wangi terpaksa kembali ke zaman lampau untuk memperbetulkan kesilapannya yang mengakibatkan kewujudan si ‘puaka’.



Projek Seram Kem


Projek Seram Kem
DOWNLOAD

Author : Maria Kajiwa, Zaifuzaman Ahmad, Aida Adia
language : en
Publisher: Buku Prima
Release Date : 2016

Projek Seram Kem written by Maria Kajiwa, Zaifuzaman Ahmad, Aida Adia and has been published by Buku Prima this book supported file pdf, txt, epub, kindle and other format this book has been release on 2016 with Short stories, Malay categories.


Kisah Latifah - Maria Kajiwa Cerita ini mengisahkan ketabahan watak utamanya, Azim mencari adiknya, Bahiyah yang hilang sewaktu pergi ke sebuah kampung. Pencarian Azim membawa dia dan dua orang rakannya ke sebuah kem tahanan perang dunia ke 2 yang sudah ditinggalkan di atas sebuah bukit. Di situ, Azim dan kawan-kawannya berhadapan dengan pelbagai rintangan untuk menyelamatkan Bahiyah dari puaka yang mengawal tempat itu. Akhirnya setelah berhempas pulas, mereka berempat berjaya keluar dari situ dengan selamat. Dan akhirnya membongkar misteri yang sudah bertahun-tahun dirahsiakan. Kisah Malam Jumaat - Zaifuzaman Ahmad Zamri hanya bekerja di sebuah medan selera. Ketika malam jumaat, tidak ramai pelanggan yang hadir. Di kesempatan itu dia dan dua lagi rakan sekerja menghabiskan masa berbual. Topik yang dipilihnya kisah seram. Hanafi menceritakan empat kisah seram kepada mereka. Gara-gara sundel bolong, misteri kepala anjing, pocong dalam kem dan cubaan melarikan diri dan diganggu Pontianak. Malangnya malam itu Zamri sendiri ketika pulang telah diganggu dengan hantu tanpa kepala. Terus dia pengsan dan sejak itu dia tidak berani lagi untuk bergebang tentang kisah seram. Kem Rahsia - Aida Adia Empat rakan baik, Zayeed, Afy, Ryan dan Vijay tidak menyangka bahawa tugas mereka di KEM RAHSIA bukan sekadar melaksanakan latihan ketenteraan dan tugas-tugas rahsia dari unit mereka malah telah mengalami suatu tragedi berdarah hingga membawa impak besar dalam hidup mereka. Atas satu kesilapan tanpa disengajakan kerana mengambil barang yang bukan miliknya serta menganggu ketenteraman si penunggu hutan, Vijay telah diserapi roh pahlawan Melayu lama yang telah bersumpah akan mengakhiri dendamnya walau dengan apa cara sekalipun. “GANGGU KETENANGANKU, PETAKA HIDUPMU!”



Projek Seram Radio


Projek Seram Radio
DOWNLOAD

Author : Fitri Hussin
language : ms
Publisher: Buku Prima
Release Date : 2022-07-06

Projek Seram Radio written by Fitri Hussin and has been published by Buku Prima this book supported file pdf, txt, epub, kindle and other format this book has been release on 2022-07-06 with Fiction categories.


Ritual - Fitri Hussin "Diseru lalu menyeru!" Kereta yang dipandu Amar dan ditumpangi Noni kekasihnya, terbabas ke dalam gaung. Rakan sekonvoi, Budi, Zaid dan Razi turun ke gaung untuk memeriksa kereta itu dan mendapati Amar dan Noni tiada di dalam kereta yang remuk teruk itu. Sedang mereka mencari tubuh Amar dan Noni di kawasan sekitar, salah seorang daripada mereka ternampak kelibat seseorang memikul sesuatu. Mereka bertiga mengekori kelibat itu sehingga sampai di satu kawasan seperti sebuah kompleks bangunan lama. Siapa yang membawa mereka ke situ? Kenapa mereka dibawa ke situ? Apa cerita di sebalik kejadian itu? Siapa dalang di sebalik semua kejadian seram dan aneh itu? Bising - Syaida Ilmuna "Tagline: Ia masih belum selesai..." Cadangan asal Nedim, Erina, Wong dan Shafiq sebenarnya ingin membuat Projek Sains. Namun tidak disangka, rancangan mereka itu melencong selepas Erina hilang disorok dimensi lain dan Nedim pula jadi tidak tentu arah tiba-tiba hampir merempuh sebuah rumah usang di Kampung Bayan. Dapatkah Erina diselamatkan? Apa pula misteri di sebalik walkman yang sering keluarkan bunyi pelik? Tak semua perkara yang dah selesai, benar-benar selesai. Penangan - Julie Jasmin "Aku wujud dalam urat darahmu, merasukmu, menyesatkan kamu!" Entah apa yang menariknya pada radio hitam milik arwah Nek Som itu sehinggakan Hamidah sanggup membawa radio tu balik ke Kuala Lumpur. Radio itulah yang menjadi peneman setiap kali dia mengulangkaji pelajaran. Semenjak itu sikap Hamidah berubah. Dia memerap sahaja dalam bilik dengan radio itu. Kejadian ganjil mula terjadi di dalam rumah itu. Lebih memburukkan keadaan, kemunculan kelibat wanita bermuka pucat berambut panjang dalam bilik Hamidah menambahkan lagi keanehan di dalam rumah. Apa rahsia yang tersimpan dalam radio hitam milik Nek Som sehinggakan Hamidah menjadi begitu rupa dan rumah disinggahi puaka?



Projek Seram Ofis


Projek Seram Ofis
DOWNLOAD

Author : NAIM TAMDJIS, JULIE JASMIN, NOORFADZILLAH
language : ms
Publisher: Karangkraf
Release Date : 2022-07-06

Projek Seram Ofis written by NAIM TAMDJIS, JULIE JASMIN, NOORFADZILLAH and has been published by Karangkraf this book supported file pdf, txt, epub, kindle and other format this book has been release on 2022-07-06 with Fiction categories.


Sinopsis Ada misteri di sebalik lukisan. / ORKID - NAIM TAMDJIS Arman mula bekerja dengan Syarikat Faz & Chong Development, sebuah syarikat pembinaan terunggul di Lembah Klang. Memandangkan baru bekerja di situ, Arman perlu bekerja lebih masa untuk menyiapkan kerja-kerja perakaunan yang tertangguh. Bermula dengan pengawal tua yang pelik dijumpainya semasa pulang ke rumah lewat malam. Pelbagai kejadian pelik berlaku. Perkenalan dengan Kemboja dan Orkid yang tinggal di tingkat paling atas menjadi misteri kepada Arman. Malah, di tingkat atas pejabat itu berlaku kejadian-kejadian di mana dua orang pengawal keselamatan hilang. Kejadian bunuh diri oleh rakan sekerja Arman, Sandy menyebabkan keadaan bertambah kecoh. Apa yang sedang berlaku? Walau jasadku hancur, pulangkan milikku. / USIK - JULIE JASMIN Khalil dan Azim merupakan sahabat baik di sebuah pejabat. Suatu hari, Khalil dengan secara tak sengaja telah menceritakan kisah seram Manisa kepada Azim . Sejak itu, bermulalah kisah-kisah ganjil dan gangguan yang sering menghantui pekerja di bangunan ofis itu. Misteri kematian Manisa semakin tersingkap apabila Azim diganggu dalam lif dan jelmaan Manisa meminta Azim memulangkan barang miliknya. Apa yang berlaku seterusnya, dapatkah misteri kematian Manisa dirungkai? Kerana dendam, dia kembali menghantui. / LEMBAGA HITAM - NOORFADZILLAH Berkobar-kobar rasanya bila mendapat pekerjaan dengan gaji yang lumayan. Hal itulah yang dirasai oleh Salina saat berjaya mendapat pekerjaan di AHO Holding. Namun di hari pertama bekerja lagi, Salina sudah mengalami gangguan mistik. Alasan yang tidak mampu dijelas dengan akal waras. Majikannya, Tuan Azhar pada awalnya menganggap cerita jujurnya itu satu khayalan. Namun, gangguan itu bagaikan parasit merebak dengan cepat dan menghantui pekerja yang masuk campur. Ada rahsia menjadi dalang dan puncagangguan di pejabat itu. Rahsia yang mahu menjahanamkan keluarga Tuan Azhar, pejabat dan warga syarikatnya.



Ngauman Cindaku A Darwisy


Ngauman Cindaku A Darwisy
DOWNLOAD

Author : A. Darwisy
language : ms
Publisher: Karangkraf
Release Date : 2022-07-20

Ngauman Cindaku A Darwisy written by A. Darwisy and has been published by Karangkraf this book supported file pdf, txt, epub, kindle and other format this book has been release on 2022-07-20 with Fiction categories.


Di dalam catatan seorang Residen Jeneral British tahun 1884 yang telah dibukukan secara akademik, ada dinyatakan tentang sekumpulan manusia yang biologinya boleh berubah menjadi seekor binatang. Ini mendorong Scha, seorang wartawan majalah, merungkai cerita di sebaliknya. Penyertaan Balqis, seorang pelajar tahun akhir Komunikasi Massa dan Kewartawan ke dalam sidang redaksi itu mempertembungkan mereka kepada hujah sains dan kepercayaan hantu juga tahyul. Pada masa yang sama, kepulangan Faizal sekeluarga ke kampung halaman diduga dengan petaka apabila anak bujangnya, Fareez hilang tidak dapat dikesan. Faizal meminta bantuan masyarakat orang asli untuk menjejak anaknya tetapi dia tidak sedar, penduduk di sana juga sedang berdepan dengan serangan makhluk buas yang keluar dari hutan, mencari makanan setiap kali malam bulan mengambang. Apa mungkin segala kejadian seram, mistik dan misteri yang berlaku di kampung itu berpunca daripada peristiwa lampau pada tahun 1948? Tragedi berdarah melibatkan tujuh buah keluarga dibaham hidup-hidup dan dipercayai angkara bangsa cindaku. Dapatkah Scha dan Balqis menyelesaikan misi mereka? Apa yang terjadi Fareez sebenarnya? Dan wujudkah bangsa cindaku? Siapakah mereka? “Bunyi gemerencing yang kita dengar tadi... datangnya daripada rantai besi yang dipasungkan pada kaki harimau.” – Faizal “Ini sketch yang aku dapat bila temuramah orang kampung beberapa bulan lepas. Mereka percaya tiap kali fenomena bulan penuh, benda ni akan keluar dari hutan dan minum air di sepanjang Sungai Tembeling. Menarikkan skop kita?”– Scha “Itu bukan harimau biasa tapi...harimau jadi-jadian!” – Maimun



Topeng Berdarah Saidee Nor Azam


Topeng Berdarah Saidee Nor Azam
DOWNLOAD

Author : Saidee Nor Azam
language : ms
Publisher: Karangkraf
Release Date : 2022-07-20

Topeng Berdarah Saidee Nor Azam written by Saidee Nor Azam and has been published by Karangkraf this book supported file pdf, txt, epub, kindle and other format this book has been release on 2022-07-20 with Fiction categories.


Hazwadi seorang pelukis psikik yang sering membantu pihak polis sering terlihat bayangan ngeri pembunuhan yang dilakukan si Topeng Berdarah. Setiap kali dia beradu pastinya bayangan pembunuhan terlayar di mindanya. Kematian demi kematian seolah benar-benar terjadi di hadapan matanya. Anehnya Hazwadi bukannya seorang yang pandai berlawan, membunuh makhluk bernyawa jauh sekali. Apakah kaitan Hazwadi dengan Topeng Berdarah? Siapakah Topeng Berdarah itu sebenarnya? “Aku akan bunuh semua manusia pendosa! Semua manusia curang! Jika tidak jangan panggil aku Algojo!” - Algojo “Aku takut selepas ni aku pulak yang akan disembelih dan jantung aku dihancur-hancurkannya. Entah-entah segala organ dalam tubuh aku dikeluarkan hidup-hidup! Aku tak mahu mati!” - Hazwadi “Wadi, sebenarnya ada berita terbaru. Algojo sudah berjaya membunuh satu-satunya saksi yang terselamat ketika serangannya dahulu.” - Inspektor Remy



Pusaka Ebriza Aminuddin


Pusaka Ebriza Aminuddin
DOWNLOAD

Author : Ebriza Aminuddin
language : ms
Publisher: Karangkraf
Release Date : 2022-07-19

Pusaka Ebriza Aminuddin written by Ebriza Aminuddin and has been published by Karangkraf this book supported file pdf, txt, epub, kindle and other format this book has been release on 2022-07-19 with Fiction categories.


Cahayakan pusaka kita, cu! Ezra sering diganggu dengan kehadiran roh atuk dan nenek di dalam mimpi dan di dalam jaganya. Roh atuk dan nenek itu mengaku Ezra adalah cucu mereka dan meminta Ezra menyelamatkan pusaka mereka. Ezra buntu dan amat tertekan. Setiap kali roh atuk dan nenek itu muncul, pasti akan diiringi makhluk halus yang akan mencederakannya. Apakah benar Ezra adalah cucu kepada roh atuk dan nenek itu? Kenapa makhluk-makhluk halus itu mahu mencederakan Ezra? “Kenapa saya yang perlu selamatkan pusaka atuk? Saya tak kenal atuk. Saya tak tahu siapa atuk.” - EZRA “Petakanya amat dahsyat. Hanya cucu yang mampu menyelamatkannya. Kembalikan pusaka kita, cu.”- ROH ATUK “Rumah ni milik kami, kami takkan keluar. Kau yang patut keluar. Tinggalkan kami di sini!” - PUAKA



Projek Seram Muzium


Projek Seram Muzium
DOWNLOAD

Author : A. Darwisy
language : en
Publisher: Buku Prima
Release Date : 2022-07-06

Projek Seram Muzium written by A. Darwisy and has been published by Buku Prima this book supported file pdf, txt, epub, kindle and other format this book has been release on 2022-07-06 with Fiction categories.


KAIN IBU SYAITAN – A. DARWISY Hari pertama Azham bekerja di Muzium Tekstil Negara, dia sudah diganggu dengan perkara-perkara aneh. Bukan dia seorang saja, tetapi hampir semua pekerja di dalam muzium itu turut merasai pengalaman yang menakutkan. Kemuncaknya, adalah pada program Denai Malam yang dianjurkan oleh Jabatan Muzium Malaysia. Apa yang terjadi pada malam itu? Apa pula kaitannya dengan siri kejadian seram yang menimpa mereka sebelum ini? Benarkah muzium itu berhantu atau ada cerita di sebaliknya yang mereka tidak tahu? “Setiap yang lama itu, ada penjaganya...” CANANG ANISAH – SUZANI NADZIR Satu tugasan yang diterima membawa sekumpulan ahli arkeologi ke Gua Cha. Perjalanan mereka tidak semudah yang dirancang. Kemalangan yang berlaku membuatkan mereka mengambil jalan pintas ke sebuah kampung. Tambah memburukkan keadaan, kenderaan yang dinaiki oleh mereka rosak di tengah jalan. Dengan pertolongan yang ditawarkan oleh Rahman, mereka menumpang teduh di rumah lelaki itu sementara menunggu kereta mereka siap dibaiki. Di situ, mereka terjumpa sebuah bangunan terbengkalai yang dipercayai merupakan sebuah muzium lama. Usul telah diajukan oleh Fahrin kepada pihak Muzium Kesenian Pantai Timur untuk cadangan membaik pulih bangunan tersebut. “Aku memburu jiwa yang hitam, menghapuskan hati yang kotor!” PASUNGAN – FAIZUL RAHIM Lawatan sekumpulan pelajar sekolah ke salah sebuah muzium semuanya kelihatan elok dan berjalan lancar. Tetapi kejadian histeria yang secara tiba-tiba berlaku di sekolah tersebut telah menyebabkan Yusuf berminat untuk membantu kerana dia tahu ada yang sedang menanti dirinya. Kejadian pembunuhan yang pernah berlaku belahan tahun lambat sengaja disembunyikan oleh pihak muzium tanpa siapa mengetahui alasannya. Keberanian Haslina untuk membantu Yusuf menyelesaikan misteri berakhir tragedi. “Cinta terpasung, cinta berdarah.



Projek Seram Grab


Projek Seram Grab
DOWNLOAD

Author : FITRI HUSSIN, ARIFFUL BAQI & HASRUDI JAWAWI
language : ms
Publisher: Karangkraf
Release Date : 2020-09-08

Projek Seram Grab written by FITRI HUSSIN, ARIFFUL BAQI & HASRUDI JAWAWI and has been published by Karangkraf this book supported file pdf, txt, epub, kindle and other format this book has been release on 2020-09-08 with Comics & Graphic Novels categories.


SERU Azwani selalu melanggan Grab Kamarul yang kebetulan adalah rakan setingkatan di sekolah menengah dulu. Kamarul dalam diam merancang sesuatu yang buruk terhadap Azwani. Cinta palsu dan kemewahan dijadikan umpan. Sihir pula dijadikan pengantara. Rahsia terbongkar, lalu pelbagai perkara aneh lagi seram mula berlaku. Satu demi satu menerima musibah… HILANG Pemandu kereta Nissan Almera itu mengeluarkan tawa yang menyeramkan. Gembira dengan kematian yang menimpa dua orang manusia tadi. Selajur kabus tebal menyelubungi, kereta Grab itu hilang daripada pandangan. Membawa misteri yang tidak terungkai bersama. “Inilah balasannya bagi sesiapa yang menolak untuk menjadi penumpangku.”- Hantu Grab. JANUARI Kemunculan gadis berbaju kurung merah di kawasan perindustrian terbiar itu membuatkan tempat itu menjadi ‘panas’ di kalangan pemandu GrabCar sejak lima tahun lalu. Pemandu GrabCar sering diganggu saat melalui jalan itu. Anehnya, kejadian itu hanya berlaku pada bulan Januari. Bila Januari berlalu, kawasan itu kembali sunyi lagi sepi.



Projek Seram Gua


Projek Seram Gua
DOWNLOAD

Author : SUZANI NADZIR, EBRIZA AMINNUDIN, EQBAL MOHAYDEEN
language : ms
Publisher: Karangkraf
Release Date : 2022-06-30

Projek Seram Gua written by SUZANI NADZIR, EBRIZA AMINNUDIN, EQBAL MOHAYDEEN and has been published by Karangkraf this book supported file pdf, txt, epub, kindle and other format this book has been release on 2022-06-30 with Fiction categories.


Kupersembah korban yang kuseru... Suria sering diganggu kelibat seorang wanita dan kanak-kanak lelaki. Gangguan semakin hebat apabila seekor ular hitam muncul dan mengganggu dirinya. Tidak semena-mena Suria dijangkiti penyakit kulit hingga membawa dia ke Kampung Gua Rastali. Di situ, dia diganggu Jamri. Lelaki tua yang dianggap gila. Keadaan semakin kalut apabila teman lelaki Suria bermimpi tentang sebuah gua. Kupersembah korban yang kuseru... / KORBAN HITAM Jeritan suara nyaring sering mengganggu lena Randy. Jingkai terus bercerita tentang mitos gua suara maut di Guilin, China selepas Randy menceritakan mimpinya. Cerita itu menarik perhatian rakan-rakan yang lain sehingga membawa mereka terbang ke Negara China semata-mata untuk mencari gua suara maut itu. Seorang demi seorang rakan-rakan Randy hilang setelah terdengar suara nyaring berkumandang di dalam gua itu. Ia mengalir di dalam urat nadi... / SUARA Karim telah ditangkap oleh tentera Jepun bagi dijadikan buruh paksa. Namun, dia berjaya melarikan diri dengan masuk ke dalam sebuah gua yang dikaitkan dengan kemunculan seekor makhluk yang menakutkan. Sebaik sahaja dia keluar dari gua itu, Jepun telah menyerah kalah. Tetapi makhluk itu masih mengganas. Ramai penduduk kampung ditemui mati dalam keadaan mengerikan. Dalam masa yang sama, Karim dihantui dengan penampakan aneh lagi menggerunkan. Petaka yang melanda seolah-olah tidak berkesudahan. Apabila dua alam telah bertemu, nyawa menjadi taruhannya! / JIN